DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

17 November 2009

SERANGAN KE ATAS PKR SUDAH BERMULA

Jika sebelum ini PAS diserang sebegitu teruk oleh pencacai2 Umno termasuk media dan kenyataan beberapa pemimpin Umno, kini giliran Parti Keadilan Rakyat pula menerima serangan.

Bermula dari isu Anwar Ibrahim diberitakan mempunyai simpanan berjumlah RM3bilion dan mukhtahir ini isu pemilikan saham oleh YB. Azmin Ali dan isterinya hangat diperkatakan.

Hari ini, bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjawat Menteri di Kementerian Kewangan (1996-98), Anuar Shaari membuat laporan polis bersama beberapa dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank milik Azmin dan isterinya yang bernilai jutaan ringgit. Apakah dakwaan ini benar atau hanya ugutan semata-mata untuk memperlahankan atau menghalang kemaraan "aura" politik Pakatan Rakyat yang semakin merebak ke seluruh negara.

Jika Dato' Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka meminta Kerajaan Malaysia menyiasat akaun kewangan beliau bagi membuktikan kebenaran maka Sdr. Azmin wajar bertindak sedemikian rupa untuk membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau adalah fitnah semata-mata. AMK Gelang Patah tidak menuduh Sdr. Azmin dan isterinya bersalah bahkan kami percaya ianya hanyalah provokasi "bangsat" ciptaan Umno/BN yang mahu mencemar kreadibiliti parti dan pemimpin PKR.

Apakah lagi selepas ini.... Yang pastinya pimpinan Pakatan Rakyat amnya dan pimpinan PKR khususnya, jauhkanlah diri dari sumber fitnah yang boleh mencemar nama baik parti. Umno/BN sentiasa menanti peluang terbuka untuk memanipulasi berita yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat.

No comments: