DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

30 November 2009

KENAPA KENYATAAN NAZRI AZIZ BERCANGGAH DENGAN KENYATAAN MUHYIDDIN

Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan hari ini bahawa kabinet telah bersetuju untuk merombak semula Biro Tata Negara (BTN) ekoran tekanan yang meningkat supaya program itu dihentikan, yang mana ia dilihat oleh banyak pihak sebagai alat untuk menyebarkan propaganda perkauman. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah diarahkan untuk melakukan perubahan BTN.

Kerajaan Selangor minggu lalu memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar di pusat pengajian tinggi miliknya daripada menyertai sebarang program anjuran biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Hari ini Kerajaan Pulau Pinang pula akan mengikut jejak Kerajaan Negeri Selangor, melarang kakitangan kerajaan negeri tersebut dari menyertai sebarang kursus anjuran Biro Bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ia berhujah program BTN menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN dalam program-programnya.

Akhirnya tindakan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang tepat. Tahniah Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulaua Pinang. Amatlah hairan dengan sikap penulis-penulis pengampu dari akhbar media massa arus perdana yang begitu giat mempertahankan BTN. Begitu juga dengan bebrapa orang kuat UMNO yang begitu mempertahankan BTN diantaranya termasuklah Timbalan Perdana Menteri sendiri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Penerangan UMNO.

Ketiga-tiga pemimpin UMNO totok dari Johor itu amat dikenali sebagai pemimpin ultra-Melayu yang terlalu rasis. Dan ketiga-tiga itu tidak diperlukan dan tidak layak untuk menjadi pemimpin negara Malaysia.

No comments: