DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

30 December 2009

KM SARAWAK TAKUT HILANG KUASA

Penulis tersenyum bila membaca artikel "KM Sarawak Selar Pembangkang Lapar Kuasa" di Malaysiakini.com.

Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud mungkin sudah merasakan bahang atau angin perubahan bakal berlaku di Sarawak, telah menyelar tindakan pimpinan Pakatan Rakyat yang dituduhnya cuba menimbulkan sentimen2 tertentu untuk rakyat Sarawak membenci kerajaan yang berkuasa sekarang.

"Kalau mereka mahu berjuang untuk rakyat dan negeri belajarlah bersungguh-sungguh bagaimana hendak berkhidmat kepada rakyat dan negara sebelum menjalankan perjuangan politik," antara kandungan teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.

Berdasarkan kenyataan merapu beliau tersebut jelas menunjukan kegusaran beliau terhadap gerakerja pimpinan Pakatan Rakyat yang sudah mula mendapat perhatian rakyat Sarawak. Parti Keadilan Rakyat Sarawak dibawah pimpinan Sdr. Baru Bian telah memberikan satu tekanan yang hebat, apatah lagi gabungan dengan beberapa parti pembangkang lain di Sarawak menambahkan lagi kerisauan Taib yang boleh diumpamakan "tak senang duduk dan tak senang berdiri".

Ketidakpuashatian penduduk Sarawak terhadap kepimpinan Taib Mahmud bakal dijelmakan pada pilihanraya DUN Sarawak yang dijangka akan berlaku awal tahun 2010.

Isu seperti pembangunan tanah, kaum Penan dan beberapa penyelewengan dalam pentadbiran Taib Mahmud merupakan isu utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati sebilangan besar rakyat Sarawak.

Pakatan Rakyat Sarawak semakin agresif memberi penerangan kepada penduduk terutama bahagian pendalaman yang kurang mendapat informasi yang terkini berkaitan dengan situasi politik negara. Gerakerja berterusan pasti akan membuahkan kejayaan.

No comments: