DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

20 December 2009

ULASAN KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT - TAHNIAH

Sejarah tercipta sudah. Kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat telah berjaya mencipta sejarah tersendiri kerana buat sekian kalinya pembangkang di Malaysia berkonvensyen dan ini adalah petanda bahawa titik persefahaman dan kesepaduan telah disepakati untuk berdepan dengan Umno/BN pada pilihanraya akan datang.

Konvensyen itu telah memberi satu suntikan semangat kepada Pakatan Rakyat untuk lebih kuat, jitu dan bersemangat dalam menempah kejayaan bersama. Konvensyen itu telah menjadi satu waham paling berguna kepada Pakatan Rakyat dan satu forum rasmi seumpamanya sejak ianya terwujud lebih lima atau lapan tahun lalu.

Pimpinan Umno/BN mengambarkan konvensyen ini sebagai sandiwara atau retorik pembangkang maka ia jelas mengambarkan kegusaran dan kegerunan kepada pemimpin2 Umno/BN dan sekaligus menterjemahkan bahawa konvensyen itu berjaya. Kejayaan tersebut tentulah digeruni oleh Umno/BN kerana ia boleh menjejaskan kerajaan pada pilihan raya akan datang apapatah lagi Umno/BN berada dalam keadaan kucar-kacir yang sungguh parah akibat ketamakan pimpinan mereka yang berebut kuasa. Ini jelas apabila media massa kroni dan cakap-cakap merendahkan usaha Pakatan Rakyat itu sebenarnya adalah impak besar maka hendak tidak hendak dakyah untuk meremehkannya mesti dilakukan.

Termetrai perjanjian atas 4 dasar jelas menunjukan bahawa tidak ada pertentangan dalam menerima dasar berkenaan. Ketiga-tiga parti sedia mengenepikan soal prinsip dan dasar peribadi dengan memfokaskan kepada mencari ikhtiar ke arah kejayaan bersama. Persetujuan dan persepakatan ini menjelaskan parti-parti Pakatan Rakyat mempunyai iltizam tinggi untuk berpadu demi mencapai kekuasaan bagi membentuk semangat Malaysia Baru.

Kehadiran kesemua pemimpin-pemimpin tertinggi parti berkenaan, menunjukkan kekompatan mereka. Ini ditambah lagi dengan kehadiran para peserta seramai 1,500 yang tentunya terhad itu. Ada beberapa foto kandit yang menyeronok untuk dilihat apabila pemimpin yang berlaga angin sebelum ini dapat duduk semeja, berbincang dan gelak bersama seperti pengerusi DAP, Karpal Singh dengan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Nik Mat.

Apa yang jelas dan mungkin dicemburui oleh Umno/BN ialah bermulanya kesepakatan lebih erat dan lebih bererti lagi dan seterusnya membawa kepada Pakatan Rakyat akan bertanding atas satu lambang pada pilihan raya umum akan datang.

Memahami keseluruhan konflik antara satu sama lain antara ketiga parti berkenaan yang tidak ditimbulkan ini bermakna mereka bersetuju melupai hal samping dan mengutamakan soal dasar. Apa yang perlu digapai ialah kemenangan dan masalah yang timbul akan diselesaikan kemudian, selepas berkuasa. Dalam konteks hari ini Pakatan Rakyat memerlukan mandat penuh dari rakyat untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit.
Pun begitu dalam hal ini timbul sedikit persoalan apakah kekecauan tidak akan berlaku selepas tercapai kemenangan kelak? Jika diperhatikan kepada beberapa masalah dan pertikaian timbul antara parti berkenaan di beberapa buah kerajaan negeri kini, ia berlaku selepas Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di negeri berkenaan.

Hendaknya rakyat meletakkan kepercayaan atas persepakatan yang telah termeterai semalam. Selepas ini barang kali perlu diadakan satu lagi konvenyen yang akan merancang dan membincangkan segala komprehensif dan mendalam lagi agar ia tidak menjadi masalah selepas kemenangan diraih kelak.

No comments: