DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

19 June 2008

6 Julai: Tarikh baru protes harga minyak

Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.Perhimpunan tersebut sebelum ini dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling JayaPertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu.
"Satu kawasan lapang di Jalan Timur dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes."Ia satu kawasan yang amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya," katanya.Sewa basDr Hatta berkata, orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.Katanya, sasaran untuk mendapatkan sejuta orang menyertai protes boleh dicapai kerana ia disertai oleh rakyat seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak."Saya dimaklumkan rakyat di pantai timur sudah mula menyewa bas untuk menyertai protes tersebut," katanya lagi.Dr Hatta berkata, beliau berkata, Protes tidak akan memohon permit polis kerana menurutnya ia merupakan satu perhimpunan aman.Bagaimanapun, katanya, penganjur ada memberitahu polis mengenai perhimpunan tersebut dan berharap mereka boleh membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas."Kita juga menyediakan 3,500 petugas untuk membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang hadir sama dalam sidang media tersebut mengajak anak-anak muda menyertai protes tersebut.Katanya, kenaikan harga minyak adalah merupakan isu negara yang memeberi kesan kepada semua orang.

Sumber - Malaysiakini

Salam Reformasi
Ahmad Nazree Mohamad
wartawan masa kini....
Angkatan Muda KeADILan
Bahagian Gelang Patah

No comments: