DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

12 June 2008

Air Oh Air ....

Kerajaan Selangor Tunai Janji - Bekalan Air Percuma Kepada Rakyat Selangor

SHAH ALAM, 11 Jun (Hrkh) - Rakyat Selangor akhirnya akan mendapat bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan perkara tersebut selepas kerajaan negeri menyelesaikan rundingan dengan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini.Abdul Khalid dalam sidang media yang turut disertai Presiden KDEB, Dato' Abdul Karim Munisar dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Dato' Ruslan Hassan berkata penyelesaian telah dicapai bahawa pemberian air percuma dengan potongan RM11.40 kepada pengguna domestik bermeter individu itu akan bermula pada 1 Jun 2008.

Abdul Khalid berkata pengguna domestik bermeter individu akan mendapat bil baru dengan rebet air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan bermula 16 Jun 2008.Jelasnya, pengguna yang telah menerima bil sebelum tarikh 16 Jun 2008 akan menerima rebet bayaran untuk penggunaan 15 hari pertama di bulan Jun 2008 di dalam bil bulan berikutnya (bulan hadapan).

Katanya, kos pembiayaan bagi pemberian air percuma itu yang akan dinikmati kira-kira satu juta penduduk Selangor itu akan dibiayai oleh KDEB, iaitu anak syarikat milik kerajaan Selangor.

"Apabila kita mengambil keputusan untuk memberi air percuma bermula 1 Jun, isu yang akan timbul ialah mengenai bil. Setiap hari Syabas akan mengeluarkan bil berdasarkan meter yang diperiksa. Jadi apabila bil keluar, pada 2 Jun pemeriksa meter akan melihat untuk satu hari itu berapa jumlah meter padu yang digunakannya."Oleh sebab itu kita bersetuju bil baru akan dikeluarkan bermula 16 Jun yang tertera bayaran yang akan dikenakan. Jadi, 15 hari penggunaan air itu akan direkodkan dan dibayar pihak kami,"katanya.

Tambah Abdul Khalid, ini merupakan kali pertama kerajaan negeri memberi air percuma kepada rakyat Selangor selepas ia diswastakan. Beliau turut menyakini pemberian tersebut akan disambut baik oleh seluruh rakyat negeri ini.Selain itu katanya, melalui rundingan tersebut beberapa peringkat mengenai pemberian air percuma itu perlu dilaksanakan. Peringkat pertama ialah mengenai pengebilan bagi air percuma dan seterusnya pensturukturan semula air di Selangor

Sebelum ini, Syabas menolak permintaan kerajaan negeri untuk berbuat demikian, termasuk selepas berunding dengan KDEB dengan alasan Syabas tidak bersetuju dengan kandungan surat akujanji bersyarat KDEB yang ditandatangani pada 6 Jun lalu dan dihantar kepada syarikat itu pada Isnin lalu.Syabas juga menyatakan cadangan KDEB secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi syarikat itu.Ruslan sewaktu ditanya mengenai persetujuan tersebut menyatakan persetujuan telah dicapai setelah ketiga-tiga pihak melakukan rundingan. - mks. _

Salam Reformasi
Zulkaria Ali
wartawan masa kini
Angkatan Muda KeADILan
Gelang Patah

No comments: