DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

09 June 2008

Pemuda PAS Johor akan teruskan bantahan kenaikan harga minyak


BATU PAHAT, 8 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS Johor bertekad untuk mengadakan demonstrasi aman secara berterusan sebagai bantahan terhadap langkah drastik kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel baru-baru ini.
"Pemuda PAS Johor akan meneruskan bantahan ini sehingga kerajaan menurunkan harga bahan api ini.
"Kita mengajak seluruh lapisan masyarakat di negeri ini bersama-sama menyatakan bantahan ini kerana kadar kenaikan harga yang dilakukan kerajaan terhadap bahan api tersebut terlalu tinggi, bahkan kenaikan kali ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara ini," kata Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, di sini.
Beliau berkata demikian selepas mengetuai demonstrasi aman membantah kenaikan harga petrol dan diesel, di Air Hitam, dekat sini. Selain Air Hitam, demonstrasi yang sama juga turut diadakan di Parit Raja dan Larkin Central Johor Bahru..
Sementara itu seorang aktivis PAS, Nor Azrin Sakib, telah ditahan polis ketika menyertai demonstrasi tersebut di Air Hitam.
Beliau didakwa menghalang tugas polis, bagaimanapun beliau dibebaskan 15 minit kemudian setelah polis mengambil keterangan daripada beliau.
Menurut Faizi, kenaikan sebanyak RM0.78 sen bagi petrol dan RM1.00 bagi diesel ini terlalu tinggi, kesan daripada kenaikan harga bahan api ini sudah pasti akan meningkatkan lagi beban semua golongan rakyat yang sebelum ini dibebani dengan kenaikan harga beras yang begitu tinggi selain kenaikan harga bahan-bahan lainnya.
"Kerana itu kita mendesak kerajaan supaya lebih peka serta mengambil berat masalah yang dihadapi rakyat, kita sangat bimbang kesan daripada kesempitan hidup dialami rakyat ini akan menimbulkan berbagai gejala negatif yang tidak diingini," katanya lagi, dengan kenaikan harga bahan api ini rakyat terpaksa mengeluarkan wang yang lebih bagi menampung perbelanjaan harian yang mana kesannya amat dirasakan oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Bagi golongan berpendapatan tinggi mereka memang tidak terasa apa-apa tetapi kerajaan harus ingat bahawa sebahagian besar rakyat negara ini terdiri dari golongan berpendapatan rendah seperti petani, nelayan, pekerja kilang dan ladang serta kakitangan kerajaan peringkat bawahan.
"Kerana itu kita meminta kerajaan mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum sesuatu tindakan mahu diambil atau dilaksanakan, kita percaya sekiranya kerajaan mengambil pendekatan ini maka sudah pasti rakyat akan memberi sokongan," katanya. - mns_

No comments: