DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

08 June 2008

ISU HARGA MINYAK NAIK? MANA PERGINYA AKAUNTABILITI PETRONAS ?

Ulasan terbaru Dato' Sri Anwar Ibrahim

Saya dan Azizah seharian di Manila, di antara lain untuk menziarah sahabat kami bekas Presiden Cory Aquino yang sedang dirawat akibat penyakit barah dan bekas Presiden Joseph Estrada, sahabat setia.
Kami solat Jumaat di kompleks kediaman keluarga Aquino dan sesudah itu menyampaikan ucapan di University De La Salle. InshaAllah awal esok pagi kami akan berlepas pulang ke KL.Namun selama di sini fikiran melayang ke Malaysia, meneliti reaksi rakyat dan keperitan hidup mereka. Sarjana dan pimpinan politik di sini juga bingung dengan keputusan Kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak melonjak setinggi itu walaupun Malaysia adalah negara pengeksport minyak.

Beberapa persoalan dibangkitkan oleh pengunjung:

- Petronas: tidak wajar Petronas diserang.Umumnya pengurusan dan tahap profesional mereka membanggakan. Isunya adalah pertanggungjawaban atau akauntabiliti - kerana tidak wajar khazanah negara di letak di bawah penguasaan PM semata! Maka dana melimpah hasil Petronas dibelanja sewenangnya atas telunjuk penguasa.

- Tindakan bantahan selanjutnya.Saya prihatin dengan kegelisahan yang sdr/i luahkan, namun tindakan harus berencana, tidak gopoh dan diputus oleh segelintir pihak semata. Keputusan harus diambil secara muafakat. Saya akan kemukakan kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang akan bersidang Isnin ini inshaAllah.

Salam Reformasi
Zulkaria Ali
Wartawan masa kini
Angkatan Muda KeADILan
Gelang Patah

No comments: