DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

25 June 2008

Kerajaan naikkan komisyen petrol dan diesel bantu pengusaha minyak


KUALA LUMPUR: Kadar margin (komisyen) pengusaha stesen minyak bagi petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing daripada 9.5 sen dan 4.5 sen seliter kepada RM12.19 dan RM7 seliter berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata keputusan itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan membantu pengusaha stesen minyak yang menerima kesan negatif berikutan penstrukturan semula subsidi petrol dan diesel, 5 Jun lalu. Katanya kerajaan mengawal harga runcit petrol dan diesel di stesen minyak dengan menggunakan kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) yang turut mencakupi margin pengusaha stesen minyak.
“Selepas penstrukturan semula, peratusan margin pengusaha menjadi semakin kecil menyebabkan mereka tidak dapat menampung kos operasi stesen minyak. Ia boleh menjejaskan pembekalan petrol dan diesel untuk kegunaan orang ramai,” katanya. Beliau berkata kerajaan turut memutuskan pelaksanaan Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) di semua stesen minyak berjenama di seluruh negara, kecuali stesen minyak mini tanpa jenama di luar bandar berkuat kuasa 1 Ogos ini. Waktu operasi bagi semua stesen minyak di seluruh negara adalah dari jam 6 pagi hingga 12 malam, berkuat kuasa 1 Julai depan.
"Bagaimanapun, semua pengusaha boleh memohon kepada pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di negeri sekiranya ada keperluan untuk beroperasi selama 24 jam,” katanya. Shahrir berkata stesen minyak yang beroperasi di lebuh raya bagaimanapun dibenarkan beroperasi 24 jam.

No comments: