DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

19 June 2008

Isu SAPP: BN adakan mesyuarat tergempar


Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat tergempar petang ini untuk membincangkan tindakan Parti Progresif Sabah (SAPP) untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putraja pada jam 2.30 petang ini.Agenda utamanya ialah mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap SAPP yang dianggap telah mengkhianati BN.


Semalam SAPP mengumumkan parti itu telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah dan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri apabila sidang Parlimen bersambung esok.SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - dan empat ahli dewan udangan negeri (Adun).BN mempunyai 14 anggota parti komponen termasuk SAPP.Pemimpin parti komponen BN lain dijangka mendesak dalam mesyuarat hari ini supaya SAPP disingkir dari gabungan tersebut.Semalam, tiga parti komponen utama BN - MCA, MIC dan Gerakan - telah menyuarakan sokongan padu mereka kepada kepimpinan Abdullah.


BN bermesyuarat hari ini di tengah-tengah usaha Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik ahli Parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru.

No comments: