DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

07 June 2008

Harga Minyak Naik akibat duit PETRONAS habis diboroskan kerajaan BN

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh) - Kenaikan harga petrol di Malaysia sebanyak 41 peratus dan diesel 63 peratus bermula 5 Jun lalu disifatkan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebagai kenaikan yang melampau.
Presiden PRM, Hassan Karim berkata, kenaikan itu dibuat secara mendadak dan sekali gus akan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan menengah.Rakyat kini menghadapi masalah ekonomi yang besar akibat amalan pemerintahan Barisan Nasional yang buruk, membazir serta rasuah selama lebih 50 tahun, kata Hassan."Mulai 1 Julai tahun ini harga tarif elektrik pula akan naik. Apabila harga minyak naik, harga elektrik naik maka harga barang makanan, keperluan harian, pengangkutan semuanya akan turut naik," katanya.
Selepas pengumuman kenaikan harga minyak, Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia telah menyatakan bahawa kenaikan kos pengeluaran akibat kenaikan harga minyak dan elektrik akan ditanggung akhirnya oleh para pengguna, kata Hassan.
"Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyatakan inflasi di negara ini akan meningkat kepada 5 peratus pada bulan Jun ini."Ia adalah satu kenaikan kadar inflasi yang tinggi dalam tempoh 10 tahun ini. Para penganalisis ekonomi pula ada yang menjangka inflasi akan naik sehingga 6 peratus," ujarnya.
Namun, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Merican menyatakan sejak penubuhan Petronas pada 1974 sehingga tahun 2007, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM335.7 bilion daripada keseluruhan keuntungan sebanyak RM570 bilion.Dengan pengumuman CEO Petronas tersebut PRM ingin tahu bagaimana wang Petronas sebanyak RM335.7 bilion itu dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional, kata Hassan.
"Puratanya sebanyak RM10 bilion, Petronas telah membayar pada kerajaan setiap tahun sejak 1974. Ke mana duit itu pergi?" soalnya. PRM percaya jawapannya ialah duit Petronas itu telah habis diboroskan Kerajaan BN bagi membina projek-projek mega sejak Tun Dr Mahathir Mohamad hingga Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengkayakan kroni-kroni mereka atas duit minyak negara."Jelaslah amalan rasuah, kronisme dan nepotisme sejak hampir 25 tahun terakhir ini telah menjahanamkan ekonomi negara dan yang sekarang sedang menanggung beban sengsara adalah rakyat jelata juga," katanya.

Salam Reformasi
Zulkaria Ali
ngkatan Muda KeADILan
Gelang Patah

No comments: