DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

13 June 2008

Pelancaran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak [GERAMM]

Kempen berterusan dan himpunan-himpunan rakyat secara teratur untuk membantah kenaikan harga minyak perlu diadakan. Ia adalah sebagai cerminan sebenar kemarahan rakyat kepada ketidakpedulian BN terhadap beban hidup yang terpaksa ditanggung rakyat akibat kenaikannya. Di atas rasa peduli dan prihatin terhadap permasalahan rakyat ini pemuda pakatan rakyat bersesama dengan pelbagai NGO anak muda iaitu antara lain Ikatan Kebajikan Rakyat (IKRAR), Anwar Ibrahim Club (Anwar Ibrahim Club), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menggerakkan satu kempen secara bersepadu dan tersusun di bawah nama Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM).

GERAMM yang mempunyai peranan khusus sebagai enjin pemasaran dan penggemblengan massa untuk satu protes besar-besaran di ibunegara akan dilancarkan oleh saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia dalam satu sidang media pada 12 Jun 2008 (Khamis) pukul 11 pagi bertempat di No. 17 Jalan 16/2, 46350 Petaling Jaya, Selangor

Kenyataan Media Angkatan Muda Pakatan Rakyat

No comments: