DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

18 June 2008

Azmin: Dua parti akan tinggalkan BN


Ketika dua komponen BN menafikan akan melompat kepada Pakatan Rakyat, pemimpin PKR masih yakin ahli-ahli parlimen BN akan meninggalkan parti mereka "sebelum tarikh akhir 16 September." Naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali dilaporkan berkata perundingan antara partinya dengan wakil-wakil rakyat BN "berjalan lancar", termasuk dalam kalangan Umno. "Ada kemungkinan besar, dan perbincangan itu masih berjalan, bukan hanya dengan MCA tetapi juga dengan Umno dan parti-parti komponen BN," katanya, lapor agensi berita AFP.


Azmin enggan menjelaskan jumlah ahli parlimen Umno yang akan meninggalkan BN, khususnya selepas faktor pengaruh kenaikan harga minyak yang lebih menekan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengurus ekonomi negara.Menurut laporan agensi itu lagi, setiausaha agung MCA Datuk Ong Ka Chuan menganggap dakwaan akan ada anggota parti itu melompat kepada gabungan pembangkang sebagai "tidak masuk akal dan palsu semata-mata.


""Semua 15 ahli parlimen MCA telah menghubungi saya untuk menafikan mereka pernah berjumpa Anwar, apatah lagi melompat kepada pembangkang," beliau dipetik sebagai berkata, mengulas kenyataan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin."Ia hanyalah pembohongan. Beliau sengaja membocorkan dakwaan itu kepada akhbar, supaya beliau boleh bertemu parti komponen BN yang lain dan kemudian berkata 'tengok, MCA sudah bersedia melompat parti, anda juga harus menyertai kami'," katanya.Timbalan presiden Parti Progresif Sabah (Sapp) Raymond Tan berkata walaupun ia lantang mengkritik kerajaan tetapi tidak bercadang meninggalkan BN.


Azmin pula berkata penafian seumpama itu sudah boleh diduga keana "budaya ketakutan, ugutan dan gangguan dalam politik Malaysia.""Jadi anda harus menyelami nasib mereka, tetapi perbincangan kami dengan parti-parti komponen (BN) sangat positif dan menunjukkan kemajuan sangat baik," katanya lagi.


petikan malaysia kini.....

1 comment:

infogue said...

artikel anda bagus dan menarik bagi pembaca di seluruh nusantara,promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/azmin_dua_parti_akan_tinggalkan_bn