Saya telah dimaklumkan oleh seorang penuntut sebuah IPTA bahawa seorang Naib Canselor di sebuah universiti di Johor telah mempergunakan penuntut universiti terbabit untuk kepentingan agenda politiknya yang mana Naib Canselor ini sudah berkira-kira untuk menjadi calon BN pada PRU-13 nanti. Penuntut telah dipergunakan dan diarah untuk membuat Khidmat Masyarakat di Parlimen terbabit dan program tersebut boleh dikatakan diadakan pada setiap bulan.
Sikap jelek Naib Canselor ini juga bukan setakat memperguna dan memperkudakan penuntut universiti terbabit namun ianya juga melibatkan kewangan universiti. Baru2 sebuah replika telah dibina dengan kos RM50,000 dan kos tersebut boleh dipertikaikan dengan hasil kerja yang dibuat. Ada juga aduan mengenai kerja2 menaiktaraf disekitar universiti terbabit, kebanyakannya dimonopoli oleh seorang kontraktor yang mempunyai hubung kait dengan seorang ADUN di Johor. Bahkan ADUN ini juga merupakan orang kuat kepada Naib Canselor ini.
AMK Gelang Patah akan mencadangkan kepada AMK Johor agar perkara ini dibawa ke Mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat untuk tindakan selanjutnya, dan sekiranya ianya melibatkan penyalahgunaan kuasa berkemungkinan isu ini akan kami adukan ke SPRM.
AMK Cabang Gelang Patah menasihatkan Naib Canselor terbabit agar berhenti dari terus menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan peribadinya atau berdepan dengan pendedahan yang akan kami akan buat. Jadilah Naib Canselor yang betanggungjawab dan menjadi lebih bermaruah. Jangan campur adukkan kepentingan politik peribadi dengan tugasan yang dipertanggungjawabkan.
No comments:
Post a Comment