Dua exco kerajaan Selangor yang bertegang urat berhubung isu penjualan arak hari ini berdamai secara terbuka di depan wartawan di sidang media khas Pakatan Rakyat.
Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, dan Ronnie Liu, seorang ahli jawatankuasa pusat DAP, berjabat tangan di depan media dan mengadakan sidang akhbar bersama.
Turut hadir, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkan pergeseran terbuka antara kedua-dua "sudah selesai".
Perdamaian ini sekaligus menutup mulut "pembangkang" Selangor yang cuba mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan isu tersebut dengan tujuan memperbodohkan rakyat.
AMK Gelang Patah amat berharap agar persefahaman antara parti dalam Pakatan Rakyat dipereratkan lagi dan ianya juga turut menjadi tanggung jawap kepada Pemuda Pakatan Rakyat agar menjadi jambatan bagi memperkukuh dan mempereratkan lagi hubungan dan kerjasama antara satu sama lain. Ingatlah bahawa Pemuda adalah pemimpin masa depan. Maka bersatu hatilah dan mengenali antara satu samalain dengan lebih rapat lagi tidak mengira agama dan bangsa
No comments:
Post a Comment