DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

18 August 2009

KEBANGKITAN "PAKATAN RAKYAT" JOHOR - PUNCA MUHYIDDIN MERAPU

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin melabelkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘pengkhianat terbesar perjuangan orang Melayu’. Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin ‘lidah bercabang’ yang tidak ragu-ragu untuk menukarkan dasarnya semata-mata untuk manfaat dan cita-cita politik peribadi.

Muhyiddin sebenarnya menutup fakta bahawa bahawa pemimpin Umno dan kerajaan BNlah yang telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi dan Umnolah ‘pengkhianat terbesar perjuangan orang Melayu’. Perjuangan Umno telah menyimpang jauh dari matlamat asal penubuhan parti itu. Pimpinan Umno sekarang penuh kurap, tokak, panau, nanah dan pelbagai penyakit yang semakin membarah yang menjadikan Umno bukan lagi sebuah parti yang digeruni atau pembela rakyat tapi Umno kini dilihat sebagai parti yang amat "bangsat" kerana penderhakaannya bukan sahaja kepada pihak Istana bahkan juga kepada rakyat marhaen yang menjulang mereka sebagai pemimpin namun pimpinan Umno terus alpa dan mabuk untuk mengejar kekayaan selagi mungkin.

Pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura.

Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Datuk Ibrahim Ali mendedahkannya ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring pada tahun 2006. .

Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar. Kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini. Maklumat tersebut diperolehi ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah. Taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya.

Muhyiddin yang pernah mengetuai Umno di Johor ketika menjadi Menteri Besar ternyata telah mengkhianati hak orang Melayu. Bagaimana mungkin Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa Umnolah yang menggadai hak orang melayu selama lebih 50 tahun mentadbir negara ini sejak merdeka. Pimpinan Umno telah mengkhianati kepercayaan rakyat kepada mereka.

Isu tanah Rezab Melayu yang satu2nya hak orang melayu telah digadai oleh pimpinan Umno bahkan isu ini turut dibangkitkan pada persidangan Dewan Negeri Johor baru2 ini namun tiada jawapan dari mana2 pimpinan Umno.

Muhyiddin juga telah mengkhianati orang Melayu di Johor dalam isu pemilikan Dana Johor. Kerajaan BN Johor begitu bangga dengan skim pelaburan Amanah Saham Johor (ASJ) sehingga seramai 125,000 orang melabur ketika diterbitkan pada 1996.

Saham ASJ pada awalnya dijual pada harga RM1 seunit kemudian memadangkan ASJ mendapat sambutan menggalakkan sehingga nilai saham dinaik menjadi RM5 seunit. Keadaan itu menyebabkan ramai rakyat Johor berebut-rebut membeli saham ASJ sehingga ada yang meminjam dari bank sebanyak RM100,000.00 Namun selepas berlaku krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan ASJ jatuh menjunam. Perbadanan Johor kini berhutang melebihi setengah bilion ringgit. Kegagalan ASJ menjejaskan imej kerajaan BN Johor.

Ketika era Muhyiddin sehingga Dato Ghani Othman menjadi Menteri Besar Johor bukan sahaja ASJ merosot sebaliknya banyak syarikat milik kerajaan negeri yang rugi berjuta-juta ringgit termasuk Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Sehingga Disember tahun lalu KPRJ direkod berhutang sebanyak RM429.4 juta.

Muhyiddin jugalah orang yang bertanggungjawab menukar cuti mingguan daripada hari Jumaat kepada hari Ahad. Isu ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Johor. Bahkan ada khabar angin mengatakan bahawa akibat dari kemarahan rakyat ada individu telah meletakan salib di kubur arwah bapa Muhyiddin.

Jika dahulunya Johor yang dianggap sebagai kubu Umno paling kuat di dunia namun kini Pakatan Rakyat Johor telah menunjukkan kebangkitan yang amat ketara walaupun dinafikan oleh Menteri Besar Johor Abdul Ghani Osman.

Kemasukan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng nyata memberi tamparan hebat kepada Muhyiddin yang kini terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan dirinya di Muar. Menurut sumber dari Ketua Cabang Muar, saban hari beliau menerima permohonan dari orang ramai untuk menjadi ahli PKR.

Ditambah pula dengan kemasukan bekas Ahli Parlimen Segamat, Datuk S.S. Subramaniam ke dalam PKR membuatkan Muhyiddin terpaksa memanggil satu Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Dewan Sri Pekembar dan meminta bantuan Presiden UMNO, Mohd Najib Razak untuk datang membantu dan merasmikan mesyuarat berkenaan dengan harapan "aura" Najib seperti aura Mawi yang boleh menarik jutaan peminat. Namun kehadiran Najib seperti hembusan bayu senja yang berlalu begitu saja...

Najib telah mengarahkan Umno dan BN Johor menyusun strategi khusus bagi memastikan mereka terus menyumbangkan kerusi kepada BN pada pilihan raya umum akan datang. Beliau yang terkenal dengan slogannya turut mengisytiharkan Johor sebagai 'Negeri Biru' kerana terus menjadi kubu kuat BN ketika beberapa negeri lain berjaya ditembusi parti lawan.

Semasa Program Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Chua Jui Meng di Bakri, Muar beliau berkata bahawa Johor akan menjadi negeri sasaran Pakatan Rakyat. Beliau mengharapkan kebangkitan Pakatan Rakyat di Negeri Johor dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan negeri ini. Beliau mahukan semua Ketua Cabang PKR benar2 serius untuk mengapai matlamat ini. Memperkukuhkan lagi hubungan dan semangat kerjasama antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat.

Ayuh... Teman2 Pimpinan Angkatan Muda Keadilan diseluruh Negeri Johor.. Kita realisasikan impian Ketua Umum kita. Gembeling segenap tenaga anak muda untuk kita jadikan senjata ampuh bagi menghadapi kebongkakkan Umno/BN..

Lawan tetap Lawan.... Lawan terus Lawan...

Nazri Ismail
AMK Cabang Gelang Patah

No comments: