Bukan hendak menuduh tetapi baru2 ini kami dimaklumkan oleh seorang peniaga bukan beragama islam bahawa dengan bermodalkan RM2500.00 restorannya telah mendapat Sijil Halal dari Jabatan Agama Islam Johor tanpa pemeriksaan dari pegawai yang bertanggungjawab.
Urusan yang begitu mudah, hanya mewakilkan seorang yang bertindak sebagai orang tengah untuk berurusan dengan pejabat Agama Islam Johor berkaitan dokumentasi. Beberapa hari kemudian beliau dihubungi melalui talifon oleh seorang pegawai dari jabatan berkenaan serta meminta menjelaskan bayaran sebanyak RM2500.00 seberapa segera. Selang beberapa hari wakilnya datang bersama-sama "sijil halal" tersebut.
Apakah ada Pegawai Agama di Jabatan Agama Islam Johor sanggup melacurkan "sijil halal" untuk kepentingan peribadi...??? Sewajarnya Jabatan Agama Islam Johor bertindak segera dan tegas bagi membendung genjala ini sekiranya ia benar2 berlaku agar umat islam tidak terpedaya dengan taktik2 peniaga yang mahu keuntungan semata-mata.
Jabatan Agama Islam Johor juga wajar bertindak tegas terhadap restoran2 yang mendapat sijil halal untuk minuman sahaja tetapi turut menjual makanan yang belum disahkan halal kepada orang islam.
Kepada umat Islam, berhati-hati menikmati makanan atau minuman di restoran2 yang bukan dimiliki oleh peniaga yang bukan islam agar tidak terperangkap dengan taktik2 mereka yang mementingkan keuntungan sahaja tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat.
No comments:
Post a Comment