Merujuk kepada kenyataan yang di buat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (DAP) merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12 yang mana didalam kenyataannya, YB Ooi telah mengkritik hebat Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR. Hanya kerana Sdr. Razali menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mana misi JIM adalah "membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020".
Dengan sewenang-wenangnya YB Ooi menuduh Sdr. Razali sebagai "Muslim extremist" serta meminta Majlis tidak menerima Sdr. Razali sebagai Ahli Majlis. Mungkin YB Ooi kurang maklum mengenai peranan JIM. JIM adalah sebuah badan NGO yang berteraskan Islam yang telah lama ditubuhkan dan berdaftar dengan pendaftar pertubuhan di Malaysia. Pelbagai bentuk program berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan berjaya dianjurkan oleh JIM. Malah ramai dari kalangan pimpinan JIM telah menunjukkan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat. JIM juga banyak membantu Pakatan Rakyat dalam gerakerja pilihanraya pada PRU-12. Sewajarnya YB Ooi tidak terlalu mendabik dada kerana DAP memenangi banyak kerusi pada PRU-12 bahkan berjaya menawan Pulau Pinang, namun perlu diingat bahawa DAP tidak mungkin berjaya seperti sekarang jika tiada undi dari PKR, PAS dan NGO2 yang menyokong PAS/PKR. Jangan membuat kenyataan melulu yang mungkin akan dimanipulasi oleh pihak lawan.
Sewajarnya YB Ooi menyelidiki terlebih dahulu peranan JIM sebelum mebuat apa2 juga kenyataan yang boleh menyinggung atau melukakan hati rakan2 dalam Pakatan Rakyat. Menjadi Yang Berhormat bukan bermakna anda boleh memperkatakan atau memperlakukan apa saja tanpa memikir sensitiviti orang lain.
Jangan kerana keceluparan seorang pemimpin yang kurang bijak mengeluarkan kenyataan, hubungan baik kami selama ini terjejas.
Sehubungan dengan itu YB Jeff Ooi perlu meminta maaf kepada seluruh Pimpinan dan Ahli JIM serta kepada Sdr. Mohd Razali secara terbuka.
Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengingatkan Pemimpin Pakatan Rakyat di Parlimen Gelang Patah mahupun di seluruh Negeri Johor agar sentiasa berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan agar tidak menyinggung perasaan rakan2 dalam Pakatan Rakyat dan perlulah mengikut saluran yang betul. Bukan secara terbuka kerana ianya mungkin akan dimanipulasi oleh akhbar2 yang menjadi talibarut Umno/BN. Jadikan perkara yang berlaku ini sebagai iktibar dan kita mesti fokus kepada matlamat kita untuk menjahanamkan Umno/BN pada PRU-13 akan datang.
No comments:
Post a Comment