Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengisytiharkan "perang" terhadap kebiadapan dan keangkuhan Umno terutama Umno Johor. Melabelkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai "Pengkhianat Melayu" adalah satu tindakan terdesak untuk memperolehi sokongan kembali orang melayu. Amalan politik sempit Umno yang nyata mereka ini mengetahui siapakah sebenarnya Muhyiddin Yassin. Tidak perlu "baling batu sembunyi tangan" seperti yang dilakukan oleh Muhyiddin. Muhyiddin dengan bangga dan angkuh menggelar Dato Seri Anwar sebagai pengkhianat namun hakikatnya dia juga menyedari bahawa dialah sebenarnya "PENGKHIANAT MELAYU" dan "PENGKHIANAT RAKYAT JOHOR". Bahkan beberapa salahlaku Muhyiddin Yassin semasa menjadi Menteri Besar Johor cukup banyak.
Kami ingin mengingatkan Umno bahawa kami mempunyai bukti mengenai salahlaku Muhyiddin Yasin bahkan Sdr. Ezam juga mempunyai bukti tersebut. Mungkin kerana "bacul" dan "pengecut"maka Sdr. Ezam tidak mahu mendedahkan penyelewengan tersebut bahkan Sdr. Ezam berdiri cukup teguh dibelakang Timbalan Perdana Menteri.
Ahli2 Umno amat mengenali dan mengetahui siapakah Muhyiddin Yassin namun disebabkan sikap "hipokrit" dan "menipu" rakyat sudah menjadi amalan biasa bagi pemimpin Umno, maka mereka berpura-pura tidak bersalah sedangkan telah berbilion-bilion harta rakyat mereka telan. Inilah perangai jijik mereka yang ingin memperbodohkan rakyat dengan melabelkan DSAI sebagai pengkhianat sedangkan umum terutama rakyat Johor telah mengetahui dan amat2 mengenali bekas "Menteri Broker" ini walaupun sekarang sudah bergelar Timbalan Perdana Menteri.
Justeru itu kami Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah menyeru kepada teman2 di seluruh Negeri Johor bahawa kita mempunyai misi khas dan menjadi tanggungjawab kita untuk menangkis segala tohmahan yang dilemparkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Jika anda masih lagi mahu tunggu dan lihat sedangkan DSAI sedang difitnah, dicerca, dimaki dan dihina sebegitu rupa, sewajarnya anda tidak perlulah anda menjadi pemimpin di Cabang masing2 dan wajar anda "meletak jawatan". Jika benar kita adalah pemimpin muda yang bertanggungjawab maka inilah masanya untuk Angkatan Muda Keadilan di seluruh Negeri Johor ini "BANGKIT". Semboyan Perang telah dibunyikan oleh Umno namun jangan kita terikut-ikut dengan rentak "politik" sempit mereka yang sengaja melakukan "provokasi" kepada kita.
Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah bersedia menjadi wakil AMK Johor untuk berdebat secara terbuka dengan sesiapa sahaja wakil/pemimpin Umno hatta Timbalan Presiden Umno sekalipun. Biar rakyat menilai "Siapakah Sebenarnya Pengkhianat". Jika benar mereka mempunyai pemimpin "jantan", pasti mereka menyahut cabaran ini.
"Lawan tetap Lawan"
No comments:
Post a Comment