Perhimpunan yang telah melibatkan dan mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk GMI, NGO, Pelajar IPTA dan IPTS serta beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat menjadi kecoh apabila pihak Polis dan FRU mula bertindak ganas bagi mencetuskan suasana kelam kabut ketika mereka sedang berhimpun secara aman. Sdr. Ping dan rakan-rakan beliau telah diserang sewaktu dalam perjalanan bersurai setelah pihak polis dan FRU mengeluarkan arahan. Namun pihak FRU dan Polis bertindak mengejar dan menangkap orang ramai serta menembak gas pemedih mata bagi menimbulkan suasana kelam kabut. Salah satu balang gas pemedih mata telah mengenai Sdr. Ping yang mengakibatkan kecederan yang agak teruk di bahu tangan kanannya. Menurut beliau lagi, dalam suasana kelam kabut dan tidak terkawal ramai orang awam juga tercedera sewaktu menyelamatkan diri dari tembakan tersebut. Beliau turut membayangkan jika serpihan balang gas tersebut mengenai anggota sensetif lain terutamanya di bahagian leher dan kepala yang mungkin boleh mengakibatkan maut.
Sejurus daripada insiden yang menimpa Saudara Hong Ping disini kelmarin, beliau dan beberapa rakan serta pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah membuat pemeriksan kesihatan dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar An-Nur, Bangi seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil,
Menurut Dr Zaleha Mustaffa (Ketua PKR Cabang Gelang Patah) yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR melahirkan rasa kesal dan mengutuk tindakan ganas pihak polis dan FRU keatas orang awam yang berkumpul secara aman. Dr. Zaleha yang merupakan bekas Calon PKR di Parlimen Gelang Patah sewaktu Pilihanraya ke 12 yang lalu, menuntut agar pihak Polis dan FRU serta pemimpin tertinggi Negara agar menghentikan segala bentuk keganasan terhadap rakyat dan bersikap profesional dalam menjalankan tugas menjaga keamanan serta melindungi hak rakyat dari terus dizalimi.
No comments:
Post a Comment