DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

20 August 2009

MUHYIDDIN DISARAN SAMAN IBRAHIM ALI DAN HAMZAH OTHMAN

Imej baik Timbalan Perdana Menteri tercalar akibat kebiadapan mulut YB Ibrahim Ali yang berpunca dari kenyataan bekas Setiausaha Kerja Umno Johor En. Hamzah Othman yang mana beliaulah yang bertanggungjawab menuduh YAB Timbalan Perdana Menteri menjual tanah rizab melayu seluas lebih 51 ribu hektar di Lingyu kepada Kerajaan Singapura.

Dalam penjelasanya Muhyiddin berkata Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad telah memanggilnya secara mengejut ekoran kunjungan Lee Kuan Yew, perdana menteri Singapura ketika itu, ke Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai dua perkara iaitu saluran gas dan bekalan air.

Dalam pertemuan antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (menteri kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur itu, perdana menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor. Lee Kuan Yew mengugut bahawa Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala.

Akhirnya Kerajaan Singapura bersetuju untuk menanggung semua kos pembinaan di Empangan Lingyu. Muhyiddin berkata isu kononnya beliau menjual tanah kepada Singapura sebenarnya adalah satu fitnah jahat dilemparkan oleh orang yang tidak tahu sejarah.

Sehubungan dengan itu Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah menyarankan agar YAB Timbalan Perdana Menteri menyaman 2 individu iaitu YB Ibrahim Ali dan En. Hamzah Othman bagi memulihkan imej Timbalan Perdana Menteri pada masyarakat umum. Hanya mahkamah dapat membersihkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri. Sewajarnya Ibrahim Ali atau En. Hamzah perlulah merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum sebarang kenyataan dibuat. Akibat dari tindakan mereka berdua, reputasi serta imej baik Timbalan Perdana Menteri yang umpama nabi kini sudah tercalar.

Untuk makluman YAB Timbalan Perdana Menteri kami juga sedang mengumpul beberapa bukti penglibatan YAB dalam beberapa isu berkaitan "tanah" termasuk perkuburan di Kulai. Kami juga sedang meneliti bukti yang kami baru terima pagi tadi. Insya-ALLAH kami akan maklumkan kepada YAB TPM kelak.

No comments: