DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

19 August 2009

UTUSAN MALAYSIA - JADILAH AKHBAR BERMARUAH

Isu pembinaan kuil di Shah Alam mendapat liputan meluas "kunun"nya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak memikirkan sensitiviti masyarakat Islam di kawasan tersebut.

Utusan Malaysia telah melaporkan bahawa "Kerajaan negeri Selangor tidak mempedulikan bantahan penduduk di Seksyen 23, di sini apabila tetap akan meneruskan cadangan membina kuil di kawasan itu yang merupakan kawasan majoriti umat Islam.

Ianya mengambarkan seolah-olah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor langsung tidak memikirkan perasaan orang Islam setempat dan lebih mementingkan penganut agama lain hingga terpaksa mengorbankan hati dan perasaan masyarakat islam.
NGO Umno seperti Pewaris dan Umno sendiri telah menggunakan isu ini sebagai bukti yang menunjukkan DAP mengawal kerajaan Selangor dengan hebat sekali. Padahal yang mengetuai jawatankuasa berkaitan rumah-rumah ibadat di Selangor adalah exco dari Keadilan.

Ini amat berbeza dengan penjelasan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad yang menjelaskan bahawa Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan jaraknya hanya kira2 20 kaki dari kawasan perumahan.

Kuil di Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.
Pembeli rumah dikawasan tersebut yang 80% penduduknya adalah melayu telah dijanjikan oleh PKNS bahawa kuil tersebut akan dipindahkan namun malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Jika dikaji dengan penuh teliti tanpa sebarang perasaan hasad dan dengki, sewajarnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diberikan pujian kerana menyelesaikan masalah yang melanda penduduk Seksyen 19 kerana terlalu hampir dan terpaksa berjiran dengan kuil tersebut. Perpindahan kuil tersebut dari Seksyen 19 ke Tapak Industri di seksyen 23 adalah satu tindakan untuk memelihara keharmonian antara penduduk yang berbilang bangsa. Jika Kerajaan terdahulu (UMNO) bertindak awal, pasti pertikaian ini tidak berlaku. Namun seperti semua mengetahui bahawa Pimpinan Umno yang "kunun"nya pejuang Islam tulen lebih mementingkan poket dan perut mereka dari menjaga atau menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat

No comments: