Menyirap darah bila terima SMS dari seorang Pemuda Umno, Kulai yang menyatakan bahawa "DAP boleh hina Islam - Nenek Aziz (Nik Aziz)". Bila saya bertanya balik... Mana sumber berita?? Dia jawap Utusan Malaysia... Saya jawap balik "Confirm berita tu diputarbelitkan". Nyata benar bahawa berita itu diputarbelitkan oleh wartawan bangsat Utusan Malaysia. Moga wartawan ini mendapat hidayah kerana tajuk artikelnya boleh menjatuhkan maruah dan kreadibiliti Tuan Guru Nik Abd Aziz. Apatah lagi berita tu dibaca oleh ahli2 Umno yang hanya membaca tajuknya sahaja tanpa membaca isinya. Berikut adalah perlakuan orang yang mengaku beragama islam yang jelas mempersendakan hukum hakam dalam Islam. Mungkin pada mereka halal,haram, dosa dan pahala adalah sama... Lihat dan nilailah sendiri....
Gambar jejaka disebelah ini pula adalah seorang anak melayu/islam yang menempa sejarah dalam pelaburan arak di Filipina.... Itu pasal pemimpin UMNO semua dia...bila isu arak..
Kenapa kita tidak cermin diri kita bila kita nak mengherdik orang..? di manakah kesungguhan kita mempertahankan Islam sedangkan dalam masa yang sama kita terlebih dulu telah menghina Islam..bukan setakat perkataan malahan dengan perbuatan lagi..
Bagaimana bukan Islam nak hormat Islam..sedangkan umatnya sendiri tidak menghormati ugamanya..ummi cukup rasa malu bila umat Islam sendiri tak nak menjaga maruah diri dan agamanya..
Jadi salahkah mereka yang tidak tahu keindahan Islam menghina Islam.. ? keindahan Islam telah dizahirkan buruk oleh penganutnya sendiri...secara peribadi ummi memang rasa terkilan sangat kerana mereka sudah mencampuri urusan agama kita...tetapi kelantangan mereka adalah kerana kelalaian kita juga..
Bagaimana kita nak mereka menghormati Islam...?? Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam di negara ini untuk berdakwah dan menerangkan keindahan islam berserta hukum hakamnya. Bagi mereka betul2 memahami tentang budaya Islam barulah kita dapat mengembangkan syiar Islam dengan sempurna. Ini adalah cabaran bagi umat Islam di negara ini. Jika semua umat islam melakukan diperintah Allah dan meninggalkan yang dilarang Allah.. Insya-Allah dengan sendirinya Islam itu akan dipandang mulia oleh seluruh makhluk..
Gambar dari sumber : http://suaraselatanonline.blogspot.com
No comments:
Post a Comment