DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

11 August 2008

Siapakah Pengkhianat Negara Sebenarnya?

Lihatlah satu demi satu penipuan, pendustaan, pengkhianatan dan kedurjanaan yang dilakukan oleh agen pengkhianat yang dilindungi oleh kerajaan Malaysia terbongkar juga akhirnya. Daripada apa yang diperakukan oleh Dr. Osman Abdul Hamid, doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd saiful Bukhari, ternyata pihak polis telah samada menambah atau mengubah kenyataan asalnya yang ditulis tangan oleh ASP Romsi Mat Derus dari IPD Brickfield, apabila kenyataan itu ditaip semula.

Dr. Osman Abdul Hamid telah pada 01 hb Ogos 2008 membuat ‘Akuan Bersumpah’ dihadapan Persuruhjaya Sumpah, Mohd Annuar bin Mohd Salleh.Antara lain dalam para 14 ‘Akuan Bersumpah’ tersebut, Dr. Osman meragui dan bertanya kepada ASP Romsi Mat Derus yang telah menemuinya buat kali kedua bersama kenyataan yang telah ditaip tetapi terdapat beberapa perbedaan daripada kenyataan sebenar yang diberikan oleh Dr. Osman. Terdapat beberapa perkara yang tidak dibincangkan semasa ASP Rosmi mengambil kenyataan pertama tetapi telah ditaipmasukkan dalam kenyataan tersebut. Terdapat dalam beberapa perenggan kenyataan yang telah ditaip itu nama Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sedangkan nama itu tidak disebut dalam kenyataan asal.Dalam para 16 ‘Akuan Bersumpah’ tersebut, Dr. Osman Abdul Hamid menegaskan walaupun beliau amat keberatan untuk menandatangani kenyataan bertaip tersebut tetapi kerana beliau tidak mahu menimbulkan isu (masalah) dengan polis tersebut, maka beliau menandatangani juga. (ibarat terpaksa atau dipaksa)Lebih kurang seminggu selepas ASP Romsi menemuinya buat kali kedua, Dr. Osman telah didatangi oleh DSP Choo dari Balai Polis Jalan Hang Tuah, Bahagian Siasatan Jenayah. Sekali lagi beliau diminta memberi kenyataan.

Menurut Dr. Osman, dalam suatu keadaan DSP wanita itu seolah menggugut beliau akan didakwa jika tidak mahu berkerjasama dengan polis.Lantaran bimbangkan keselamatan beliau dan keluarganya terancam, Dr. Osman telah membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia bersama keluarganya.Lihatlah satu demi satu penipuan, pendustaan, pengkhianatan dan kedurjanaan yang dilakukan oleh agen pengkhianat yang dilindungi oleh kerajaan Malaysia terbongkar juga akhirnya. Sesungguhnya kehormatan pemimpin umno sebagai ‘insan’ telah musnah sama sekali.

1 comment:

Anonymous said...

Tuan moderator

rasanya macam pernah baca diblog kerajaan rakyat. siapa sebenarnya penulisnya? keadilan gelang patah?