DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

31 March 2010

CUIT-CUIT DI PAGI RABU

30 March 2010

SEKADAR KENANGAN

Mendengar ucapan DS Anwar Ibrahim di Kulai beberapa bulan yang lalu sedikit sebanyak membuatkan hati dan semangat saya semakin kuat. Percayalah apa pun tohmahan dan fitnah terhadap diri saya, ianya tidak akan mengendur atau melemahkan semangat perjuangan saya.

Saya percaya yang baik pasti dibalas dengan baik oleh Allah s.w.t.

Terima kasih kepada teman2 yang memberi semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan dan amanah serta tanggungjawab ini. Ayuh kita bersama kuburkan keangkuhan Umno/BN dan kuncu2nya.

"Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah.. "

Lawan tetap Lawan

Setiausaha AMK
Cabang Gelang Patah

ISU APCO : DS ANWAR GESA TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya agar kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan diRaja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara yang berstatus negara islam.

Sikap kerajaan yang membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco yang secara tidak langsung mendedahkan kerahsiaan strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

Umno/BN dalam satu masa berdemo kononnya anti-Israel, menentang Zionis dan kezaliman oleh Israel terhadap orang Islam di Palestin dan sebagainya namun dalam masa sama merekalah yang membenarkan serta bersengkongkol dengan negara yahudi tersebut. Apa kurangkah kepakaran anak2 jati tempatan. Bercakap soal melayu dan bumiputera namun menjadi petualang negara apabila membenarkan syarikat yahudi menjadi perunding telekomunikasi negara. Ianya amat jelas mendedahkan beberapa maklumat penting kepada Kerajaan yahudi Israel yang dicurigai hampir seluruh dunia.
Penglibatan S/usaha Akhbar Najib, Datuk Tengku Sharifuddin bin Tengku Ahmad yang menjadi saksi semasa proses menandatangani perjanjian. Kebiasaannya perjanjian tersebut ditandatangani oleh pegawai kerajaan.

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan ini amat bertepatan sekali namun mereka2 yang dilantik nanti bukanlah atas nasihat pihak pemerintah kerana dicurigai Ahli Panel Suruhanjaya yang dibentuk atas nasihat kerajaan boleh "dibeli".

Najib wajar akur dengan cadangan DS Anwar dan penubuhan suruhanjaya siasatan adalah tindakan paling "relevan" sekali bagi membuktikan kebenaran. Najib tidak perlu bersumpah dahulu untuk menafikan dakwaan ini, biarlah suruhanjaya siasatan yang bakal dibentuk nanti menyiasat isu ini secara menyeluruh...

29 March 2010

PRK P94 - HULU SELANGOR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang mempertimbangkan sekitar lima nama yang telah disyorkan untuk dipilih sebagai calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dan ianya disahkan sendiri oleh Pengarah Pilihanraya Pusat, YB Fauziah Salleh.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang akan berlansung pada 4 April ini akan memuktamadkan siapakah calon yang paling layak untuk bertanding di Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor.

Pengerusi PKR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan memilih calon yang berasal dari Hulu Selangor untuk bertanding mewakili PKR dan beliau menegaskan ianya adalah salah satu strategi PKR untuk mendapatkan sokongan pengundi, sekali gus mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Abdullah Sani pula menegaskan bahawa gerakerja telah dimulakan dan mendapat kerjasama penuh dari pimpinan PAS dan DAP.

Majoriti yang tipis semasa pilihanraya umum ke-12 lalu tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan mana2 parti namun faktor kepimpinan dijangka akan menjadi fokus utama dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor ini.

Pastinya akan berlaku sandiwara dari "pelakon2 politik" yang telahpun menyiapkan skrip dari awal2 lagi bagi mendapat imbuhan "besar" dari Umno/BN. Mereka yang terlalu bertuhankan duit pasti akan mengadai maruah mereka hanya kerana "duit". Selayaknya mereka2 ini di gelar "pelacur Politik". Kita nantikan "pelakon2 politik" yang akan muncul satu persatu seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

IBRAHIM ALI DAN MAHATHIR - 2 MANUSIA SIAL

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali membidas konsep Malaysian Malaysia yang menuntut hak sama rata antara orang melayu dan bukan melayu sambil menyifatkan bahawa konsep ini bertujuan rampas hak keistimewaan orang Melayu serta menghapuskan raja-raja Melayu. Ia bertujuan menimbulkan kacau-bilau, memecahkan perpaduan antara bangsa di Malaysia.

Sewajarnya Ibrahim Ali merujuk kembali peristiwa dikala pimpinan Umno mahu mengurangkan kuasa Raja2 Melayu di zaman pemerintahan Mahathir yang bertindak merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa. Apakah ada pemimpin PAS atau DAP yang bersetuju bahawa kuasa Raja2 Melayu perlu dihadkan...???

Mahathirlah sebenarnya pengkhianat kepada Kedaulatan Raja2 Melayu dan kini ingin bertindak sebagai Pembela Raja2 Melayu. Apakah ini boleh dinamakan "Kesialan Seorang Manusia Bernama Mahathir".


Ibrahim Ali juga menyebut bahawa peristiwa 13 mei berpunca dari DAP sedangkan pemimpin manakah yang berkata " ayuh... kita basahkan keris ini dengan darah cina..." Adakah pemimpin itu datang dari Parti PAS...???

Penulis diingatkan oleh teman Ibrahim Ali semasa dalam Semangat 46 dimana beliau pernah berkata "Ikan tak nak masuk tong baru, dia tetap nak masuk tong lama... Jika saya masuk Umno balik saya akan jilat lubang bontot Mahathir..."

Boleh dipercayakah insan bernama Ibrahim Ali yang bijak menipu dan amat licik menimbulkan sentimen perkauman...??? Memperdaya PAS untuk bertanding atas tiket PAS pada PRU-12, namun selepas mendapat kemenangan beliau mengistiharkan beliau adalah Ahli Parlimen Bebas. Inilah manusia bernama Ibrahim Ali yang lidahnya sentiasa bercabang...

PROGRAM "SELAMATKAN MALAYSIA"

Hanya 10,000 rakyat dari pelbagai kaum memenuhi Stadium Mini Kuala Kubu Baru bagi mendengar penerangan mengenai kempen Selamatkan Malaysia yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Mac 2010 yang lalu. Kempen itu sebenarnya diatur sebelum pemergian Dr Zainal Abidin yang uzur selepas menang pilihan raya umum ke-12 dan kebetulan berlangsung ketika di ambang pilihan raya kecil.

Ketua Umum KEADILAN turut menggariskan beberapa pra-syarat penting bagi seseorang xalon yang bakal dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat di Parlimen Hulu Selangor termasuk yang berkelayakan teguh dasar perjuangan serta tidak mudah termakan dengan sogokan wang ringgit.


Pada ceramah tersebut Anwar melancarkan kempen 'Selamatkan Malaysia' yang menjadi tema siri ceramah beliau diseluruh negara sejak tiga bulan lalu. Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan daripada kerakusan dan kezaliman umno-BN kerana keadaan negara semakin terancam dan rakyat tidak lagi selamat. Walaupun jumlah kehadiran pada program tersebut mungkin tidak ramai berbanding dengan perasmian Perkasa di PWTC pada 27 Mac 2010 apabila bloggers2 upahan Umno mendakwa hampir 10,000 membanjiri PWTC yang menyokong penubuhan Perkasa.





Sesungguhnya pembaca mampu menilai...

27 March 2010

RINTIHAN RAKYAT "MELAYU" YANG INGIN SEDIKIT PEMBELAAN DARI PEMERINTAH


JAWATANKUASA BERTINDAK
SETINGGAN KAMPUNG DENAI PINGGIRAN
Kenyataan Media
23hb Oktober 2009

PERMOHONAN
BANTUAN KEWANGAN(SAGUHATI) DARIPADA PIHAK KERAJAAN
Kami penduduk Kg Denai Pinggiran, Tampoi Johor telah menerima notis daripada Pentadbir Tanah Johor Bahru untuk mengosongkan tanah kampung kami dalam masa 2 minggu daripada tarikh notis dikeluarkan pada 15hb Oktober 2009. Sehubungan itu pihak kami memohon jasa baik pihak Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Y.A.B Dato’ Abdul Ghani Bin Othman untuk memberi bantuan kewangan atau saguhati kepada penduduk kampung sebagai timbalbalas kepada pengorbanan penduduk kampung yang telah tinggal lebih 20 tahun. Asas-asas permohonan kami adalah seperti berikut :

1. Kampung kami telah diteroka sejak 20 tahun yang lalu. Sebelum ini tanah ini adalah kawasan hutan yang menakutkan penduduk setempat. Kami telah membersihkan kawasan ini. Selama ini kami tidak mendapat bekalan air dan elektrik. Dengan penuh kesabaran, kami sesama penduduk saling bermuafakat membangunkan kampung ini dengan segala kekurangannya. Anak-anak dan cucu-cucu kami dibesarkan di sini. Kampung ini mempunyai sentimental value kepada kami semua. Kami sangat sayangkan kampung ini. Walaubagaimana pun kami memahami pihak kerajaan mempunyai keutamaan lain untuk membangunkan kawasan ini.

2. Penduduk kampung bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi membantu membangunkan negara ini termasuk perindustrian, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung penduduk kampung membekalkan tenaga buruh yang murah kepada pengembangan ekonomi negara. Penduduk kampung sangat komited dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

3. Penduduk kampung adalah golongan yang sangat setia kepada parti pemerintah khususnya UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). Kami telah banyak kali menyokong parti ini dalam pilihanraya sebelum ini. Kami telah berkempen dengan sepenuh hati bagi menarik sokongan pengundi menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN). Atas sokongan padu ini BN telah menang mudah diperingkat DUN Kempas dan Parlimen Pulai.

4. Penduduk kampung kami adalah mejoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sebahagian kami berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Kelembapan ekonomi global masakini telah menyebabkan sebahagian kami kehilangan pekerjaan. Kehidupan di bandar besar seperti Johor Baharu memerlukan komitmen kewangan yang besar. Kami juga perlu menyara keluarga yang serba-serbinya memerlukan kewangan. Tawaran menyewa di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas juga memerlukan bayaran deposit dan sewa bulanan yang cukup membebankan kami.

5. Kami juga sangat tertarik dengan pendekatan pihak Kerajaan Negeri Johor dalam menangani isu setinggan di Kg. Seri Serdang Baru, Kg Seri Jaya Baru, Perling dan Kg Pasir, Tampoi. Penyusunan semula kampung mereka telah memberi peluang kepada penduduk memiliki tanah yang cukup strategik. Sebahagian penduduk di Kampung Gudang Beras, Kempas yang telah dipindahkan, menerima bantuan kewangan sebanyak RM10,000 ribu bagi sebuah rumah. Mereka amat bersyukur kerana kewangan tersebut dapat membantu mereka membina kehidupan baru.

6. Dalam jawapan kepada Dewan Undangan Negeri Johor pada November 2008, telah dinyatakan bahawa pada mesyuarat kerajaan negeri Johor bertarikh 14hb Ogos 2007 kerajaan negeri telah membuat keputusan bahawa kerajaan persekutuan perlu menjelaskan ¼ bayaran premium tanah kawasan tanah Hospital Permai sebanyak RM108,492,450 kepada kerajaan negeri Johor. Sebagai kerajaan yang perihatin kepada rakyat, tentulah pihak kerajaan boleh memperuntukan sebahagian kecil daripada nilai premium ini kepada rakyat untuk mengurangkan bebanan kami.

7. Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengariskan keutamaan membela rakyat sebagai agenda utama melalui slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kami merasakan agenda ini adalah sangat bersesuaian dengan kehendak masakini. Rakyat pelbagai lapisan memerlukan sentuhan secara terus pada mereka. Bantuan kewangan merupakan sentuhan yang sangat bermakna kepada penduduk kampung yang rata-ratanya adalah golongan yang memerlukan bantuan kewangan pihak kerajaan.

Berdasarkan kepada keutamaan pihak kerajaan untuk membangunkan kawasan ini maka kami sedia berkorban untuk pindah daripada kampung halaman kami. Sebagai timbalbalasnya pihak kami memohon pihak kerajaan memberi sumbangan kewangan bernilai RM30,000 setiap keluarga bagi membina kehidupan baru selepas berpindah.
Sehubungan itu pihak kami memohon agar kami diberi masa untuk tinggal di kampung ini sehingga sumbangan daripada pihak kerajaan diterima.

UTUSAN BAKAL DISAMAN LAGI

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini membuat laporan polis berhubung laporan sebuah akhbar yang disifatkannya telah menfitnah beliau telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Azan dalam laporannya berkata, akhbar Utusan Malaysia dengan sengaja mencetak laporan bertajuk: “Bahtera Siapa Semakin Bocor?” dengan tujuan memburukkan namanya dan parti tersebut yang disiarkan pada 6 Mac lepas.

Katanya, akhbar itu juga sengaja mencetak ruangan ralat dan menyatakan beliau tidak keluar dari PKR tetapi meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri.

Beliau menafikan kedua-dua kenyataan tersebut sambil menyatakan bahawa berita tersebut bertujuan menunjukkan bahawa beliau adalah ahli parlimen yang tidak bermoral, tidak berpegang kukuh kepada kepimpinan Ketua PKR dan tidak mempedulikan penduduk Indera Mahkota.

Beliau turut menyatakan bahawa tulisan itu memberi implikasi sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan air muka dan maruahnya. Beliau membuat kenyataan kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai perkara itu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesan daripada tulisan itu menyebabkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen terjejas dan dipandang rendah masyarakat.

Saman ini sekaligus membuktikan bahawa akhbar Utusan Malaysia adalah akhbar yang tidak bermaruah dan seringkali di saman akibat mengeluarkan berita fitnah dan mengeluarkan propaganda. Akhbar yang pernah dilabelkan sebagai "akhbar racist" oleh seorang pemimpin BN.

RAJA PETRA JAWAB KENYATAAN ZUL DIN

Raja Petra Kamarudin bersedia bersumpah dengan al-Quran di hadapan imam masjid bahawa apa yang dinyatakannya dalam akuan bersumpahnya adalah benar.

Najib Tun Razak bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu 22/8/08 lalu, dia tak kata dia tak kenal dan tak ada kaitan dengan Altantuya Shaariibuu. Berikut ialah sumpahnya seperti dilaporkan Bernama dalam berita bertajuk "Najib bersumpah tidak kenal dan tiada kaitan dengan Altantuya":
"Dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia"
Sumpah Najib dengan mengatakan tidak mengenali Perempuan Mongolia adalah amat umum. Kita mahu dinyatakan secara khusus Altantuya Shaariibuu yang dibunuh di negara ini dan mayatnya diletupkan dengan C4.

Saya yakin ramai yang ternanti-nanti untuk mendengar Najib & Rosmah bersumpah dengan kalimah qasam seperti di atas bahawa semua yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Raja Petra yang saya pautkan di atas tidak benar sama sekali.

Oleh kerana Najib dah membiasakan dirinya bersumpah dengan kalimah qasam yang diajarkan oleh Islam, waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, kita teringin sungguh nak melihat dia bersumpah dengan kalimah yang sama dan menyatakan semua yang terkandung dalam akuan bersumpah Raja Petra bertarikh 18 Jun 2008 itu semuanya tidak betul sama sekali.

Jika Zulkifli Nordin dalam kenyataan di Parlimen tempohari memuji Najib kerana berani bersumpah bahkan menyeru kita untuk berperasangka baik terhadap Najib, beliau wajar meneliti semula sumpah Najib yang terlalu umum itu.

AMK GELANG PATAH PERLU BERSEDIA UNTUK DI KERAH KE HULU SELANGOR

Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah tidak akan melepaskan peluang untuk menyumbangkan tenaga serta menimba pengalaman bagi membantu jentera pilihanraya Selangor pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor (P94) yang bakal diadakan setelah kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak yang dihidapinya. Allahyarham yang menyertai PKR pada tahun 2005 adalah bekas Timbalan Menteri Besar selangor dan pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu beliau telah menewaskan calon MIC, Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi. Berdasarkan keputusan lalu dan 3 kerusi DUN di parlimen ini kesemuanya dimenangi oleh BN maka dijangkakan pillihanraya kecil ini adalah yang paling sengit dan "panas".

Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,539 pengundi dengan 53.9 % Melayu; China 26.7 % dan India 19 % selain kira-kira 1,000 pengundi Orang Asli.

Ketua Umum KEADILAN menggariskan beberapa pra-syarat penting bagi seseorang calon yang bakal dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat di Parlimen Hulu Selangor termasuk yang berkelayakan teguh dasar perjuangan serta tidak mudah termakan dengan sogokan wang ringgit.

24 March 2010

ISU APCO : ANWAR AKAN JAWAP MINGGU DEPAN

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan mempertahankan dakwaannya bersabit konsep 1Malaysia dengan gerakan ‘Satu Israel’ yang pernah diguna oleh rejim Zionis serta hubung kait dua slogan itu dengan syarikat perunding Yahudi Apco Worldwide yang di upah oleh Perdana Menteri Najib Razak.
Anwar bertekad untuk memberi penjelasan kepada Speaker Parlimen secepat mungkin dengan syarat Najib mendedahkan butiran penuh tindakan beliau mengupah Apco.
DS Anwar merujuk kepada jawapan bertulis Najib yang mengakui bahawa Apco Worldwide dilantik untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi menyeluruh.
Anwar sebelum diminta oleh Dewan Rakyat untuk menjelaskan kenyataan bahawa ‘1Malaysia’ adalah salinan pendua kepada konsep ‘Satu Israel’ namun syarikat perunding milik Yahudi itu menafikan ia terbabit dalam program ‘Satu Israel’, menyebabkan ahli parlimen BN bingkas bangun mendesak Speaker untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Parlimen untuk siasatan.
Namun Anwar tidak gusar dengan segala tekanan itu dan bersedia memberi penjelasan, kerana Apco sememangnya berada di Israel pada masa itu dan beliau mempunyai fakta tersebut. Kerajaan perlu memberi penjelasan mengenai kadar bayaran yang dibayar oleh Apco dan peranan Apco dalam bidang komunikasi dan khidmat nasihat kepada pelbagai kementerian.

Mungkinkah ini yang didedahkan dan diperakukan oleh Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada kebocoran rahsia pertahanan negara.
Jika selama 12 tahun DS Anwar diserang dan dituduh sebagai agen asing tapi beliau boleh jawab setiap tomahan mereka walaupun serangan tersebut tanpa bukti dan penjelasan DS Anwar minggu depan di Parlimen akan disertai dengan bukti.

Bersedialah Ahli Parlimen BN terutama Najib dengan "pampers" kerana pendedahan ini akan menjawap segala tohmahan yang di leparkan kepada DS Anwar. Aturlah seberapa ramai "babi laga" BN untuk menahan segala hujah2 dari DS Anwar.

IBRAHIM "PERKOSA" CADANG SAI-FOOL JUMPA YUSOF QARADAWI

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail hari ini menawarkan tambang tiket tanpa syarat kepada Ahli Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan juga Mohd Saiful Bukhari Azlan sekiranya mereka serius untuk berjumpa dengan Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

AMK Gelang Patah amat mengalu-alukan Saiful dan Ibrahim Ali untuk bers
etuju untuk menerima tawaran Saifuddin tersebut.

Ibrahim Ali yang pernah menyuarakan kebimbangannya apabila banyak campurtangan luar dalam kes perbicaraan DS Anwar Ibrahim dan beliau gusar keputusan mahkamah di Malaysia menjadi bahan gelak pemimpin luar.


22 March 2010

DANA UNTUK REFORMIS.....

Akhirnya.... Akhirnya... Nasib reformis akan terbela apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa dana sebanyak RM100,000.00 untuk Yayasan Reformis bagi membantu untuk membela nasib reformis.

Telahan yang menganggap bahawa reformis2 telah dilupakan dan tidak dapat pembelaan rupanya tidak benar sama sekali. Berkemungkinan TS Khalid mahu memantapkan ekonomi negeri terlebih dahulu. Walaupun dana RM100,000.00 itu kecil berbanding jumlah reformis2 yang berjuang sejak 1998 dahulu, namun ianya cukup sebagai permulaan dan penghargaan untuk perjuangan kami.

Cuma masih samar2 lagi, apakah dana tersebut hanya untuk warga Selangor atau terbuka untuk reformis2 di seluruh negara.

Walaubagaimanapun ucapan terima kasih dan tahniah kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim kerana menghargai perit jerih reformis yang berjuang sekian lama.

KERJA2 PERSIAPAN UNTUK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG GELANG PATAH


Malam tadi (21 Mac 2010), Pemangku Ketua Cabang bersama beberapa AJK telah memulakan gerakerja bagi membuat persiapan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Gelang Patah yang akan berlangsung pada 27 Mac 2010 (AMK) & 28 Mac 2010 (Cabang). Persiapan ini akan diteruskan sehingga berlangsungnya mesyuarat tersebut.


Namun kerjasama dari AJK yang lain masih kurang memuaskan. Diharap teman2 yang berjawatan samada dilantik atau dipilih dapat memberikan kerjasama bagi membuat persiapan ini.

Kerjasama dari teman2 menunjukkan bahawa kita benar2 komited untuk menumbangkan Umno dan bukan sekadar omongan kosong.

Ayuh... Lawan tetap Lawan...

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG GELANG PATAH

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Gelang Patah akan diadakan berdasarkan butiran berikut :-

Tarikh : 28 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 02.30 petang
Tempat : Pejabat PKR, Taman Teratai, Skudai, Johor.

Notis telah pun diedarkan kepada ahli2 yang telah berdaftar sebagai ahli PKR Cabang Gelang Patah. Sehubungan dengan itu, mana2 ahli PKR yang belum menerima notis tersebut bolehlah berhubung dengan Penolong Setiausaha PKR Cabang Gelang Patah.

Sekian, terima kasih.


Penolong Setiausaha
Cabang Gelang Patah
019-7482937

21 March 2010

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ANGKATAN MUDA CABANG GELANG PATAH

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah akan diadakan berdasarkan butiran berikut :-

Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 04.30 petang
Tempat : Pejabat PKR, Taman Teratai, Skudai, Johor.

Notis telah pun diedarkan kepada ahli2 yang telah berdaftar sebagai ahli PKR Cabang Gelang Patah. Sehubungan dengan itu, mana2 ahli PKR yang belum menerima notis tersebut bolehlah berhubung dengan Setiausaha AMK Cabang Gelang Patah.

Sekian, terima kasih.


Nazri Ismail
Setiausaha AMK
Cabang Gelang Patah
017-7358397 / 019-7482937

19 March 2010

KENYATAAN MEDIA KETUA AMK MALAYSIA DIATAS KENYATAAN BIADAP ZAHRAIN

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kenyataan yang di keluarkan oleh Zahrain terhadap Ketua Umum KEADILAN semalam sesuatu yang cukup biadap dan ia mengambarkan sikap dan peribadinya yang sebenar.

"Pendedahan ini bagi saya sangat kurang ajar dan cukup biadap, saya mencabar Zahrain bagi membuktikan skrip yang dikemukakan itu adalah darinya sendiri. Apa yang saya tahu skrip tersebut disediakan oleh Umno, apa yang kita tahu sebelum ini beliau tidak pernah mengeluarkan alasan tersebut.

"Tuduhan yang dikemukakan oleh beliau itu adalah bukan satu tuduhan atas dasar atau polisi, tuduhannya adalah rekaan cerita yang dibuat bagi menuduh kita berlaku zalim kepada rakyat. Kita memang bersungguh untuk mengambil alih negara pada 16 September dalam membela hak rakyat.

"Kita lihat sebelum 16 September Barisan Nasional telah mengambil tindakan dengan meyerang kita dengan melempar segala fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Suara Keadilan.

Shamsul menyifat BN telah menggunakan tindakkan yang tidak demokratik dengan mengambil tindakan menahan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyebabkan beberapa Ahli Parlimen BN takut untuk mengambil tindakan keluar parti.

"Saya tegaskan disini kita tidak pernah mendengar maklumat yang dikatakan Zahrain dan inilah kali pertama mendengar daripada di dalam Parlimen dan saya percaya teks ini telah disediakan oleh BN untuk menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga pemimpin lain.

"Bagi saya ini bukan perkara yang remeh dan Zahrain menggunakan Parlimen dalam menaikkan profilnya. Saya sekali lagi mencabar Zahrain berdepan dengan AMK agar membuktikan apa yang beliau katakan itu betul bersama bukti-bukti yang ada," tegasnya lagi

Beliau menjelaskan rakyat boleh menilai tindakan Zahrain yang keluar parti lebih-lebih lagi pengundinya di Bayan Baru yang tahu masalah sebenar beliau hadapi dan juga skandal berkenaan syarikat RM2 bagi tender Bukit Jambul Country Club.

18 March 2010

SIAPA TIMBALAN SPEAKER YANG BERPAKAT DENGAN DS ANWAR

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan meminta"Babi Laga" upahan Umno yang baru, Zahrain Hashim menamakan siapakah Timbalan Speaker Parlimen yang didakwanya berpakat dengan DS Anwar Ibrahim seperti yang didakwanya di sidang Parlimen semalam.

Kita nantikan jawapan dari Zahrain.

PEMIMPIN UMNO HIDANG ARAK - SETIAUSAHA AGUNG

YB Saifuddin Nasution Ismail mendakwa dia didatangi oleh seorang anggota kanan Ahli Parlimen Umno yang juga seorang menteri kabinet dan telah diberi amaran agar menghentikan membuat pendedahan yang memalukan Umno dan BN.

Menteri kanan itu dikatakan tidak senang dengan kenyataan Saifuddin di Dewan Rakyat semalam bahawa ada pemimpin Umno yang menghidangkan minuman keras pada ulang tahun perkahwinannya.

Saifuddin juga memberitahu Dewan Rakyat dalam satu lawatan yang dianjurkan oleh Umno ke Amerika Syarikat, seorang pemimpin parti itu tertidur di kasino dan gagal mengikuti rombongan berkenaan.

Inikah namanya pemimpin Umno yang memartabatkan Islam..???? Masa depan Islam dan maruah orang melayu akan tergadai sekiranya parti "bangsat" ini terus diberi kuasa untuk memegang tampuk pemerintahan...

Bersama kita kuburkan Umno pada PRU-13 nanti...

ANWAR SEPERTI MELEPASKAN "ANJING" TERSEPIT

Begitulah pepatah melayu yang membawa maksud "sikap tidak mengenang budi orang yang dibantu dan akhirnya orang tersebut akhirnya menikam orang yang membantunya selama ini". Sikap yang sewajarnya dikalungkan kepada Zahrain Hashim bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru.
Pendedahan beberapa bloggers tentang sikap Zahrain termasuk bagaimana beliau dan keluarga serta menantunya mampu menginap di sebuah hotel mewah di London selepas beliau mengistiharkan keluar dari PKR mungkin telah mencetuskan kemarahan beliau. Apakah Zahrain akan menjadi "babi laga" Umno/BN????

Sifat "kebinatangan" Zahrain yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada DS Anwar semalam wajar menjadi satu cabaran kepada Angkatan Muda Keadilan terutama AMK Pulau Pinang untuk membongkar "kebangsatan" Zahrain semasa menjadi Ahli Parlimen PKR di Bayan Baru.

AMK Cabang Gelang Patah mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan Zahrain yang menggunakan kekebalan dewan parlimen untuk melemparkan pelbagai tuduhan atau fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim. Keluarnya DS Anwar dari dewan parlimen semalam bukanlah disebabkan beliau pengecut seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen BN akan tetapi beliau tidak sanggup mendengar fitnah dari orang yang selama ini dibantunya.

Angkatan Muda Keadilan wajar mengistiharkan "perang" ke atas Zahrain.

17 March 2010

WEE KA SIONG & ONG KA TING PERCATURAN BARU PIMPINAN UMNO

Ketua Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong masih lagi menyembunyikan isu sebenar mengenai pembabitannya dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila mengemukakan perintah ex parte kepada Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Tan Sri Robert Phang.

Perkara itu terjadi ketika cubaan Robert untuk mendedahkan mengenai penglibatan Ka Siong dengan skandal penyelewengan PKFZ kepada pemberita semasa sidang media 22 Januari lalu di Kuala Lumpur.

Tindakan Wee menghalang Robert mengaitkan dirinya dengan PKFZ, jelas menunjukkan tindakan pengecut Ka Siong untuk mendedahkan hal sebenar kepada orang awam. Tindakan Ka Siong itu hanya akan menguatkan lagi tafsiran bahawa beliau memang ada kaitan dengan isu ini. Ka Siong sewajarnya berani tampil memberi penjelasan untuk membersihkan namanya jika benar beliau tidak terlibat dalam skandal terbabit, dan bukannya menghalang pegawai SPRM daripada menjelaskan isu sebenar.

Amat jelas, ada perkara yang beliau tidak mahu orang awam tahu mengenai penglibatan syarikatnya, Hijau Sekitar Sdn Bhd dengan isu penyelewengan PKFZ.

Mungkinkah kemunculan semula Tan Sri Ong Ka Ting yang menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Presiden MCA pada 28 Mac ini adalah atas desakan atau campurtangan pimpinan Umno/MCA yang merasakan diri mereka terancam dengan isu skandal PKFZ ini.

DS ANWAR BATAL RAYUAN HAKIM DIGUGURKAN

Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik rayuannya meminta Hakim Mahkamah Tiinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menggugurkan dirinya daripada mendengar kes liwat beliau.

Permohonan itu telahpun difailkan di Mahkamah Rayuan oleh peguam DS Anwar, Karpal Singh. Keputusan itu amat mengejutkan ketika kritikan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu sengaja melewatkan perbicaraan. Pembatalan ini dibuat kerana DS Anwar memutuskan mahu mempercepatkan perbicaraan tersebut. Beliau juga tidak mahu perbicaraan tersebut terganggu kerana proses pengumpulan dokumen untuk rayuan akan memakan masa yang panjang.

Mungkinkah keputusan ini mengejutkan peguam2 dan saiful sendiri sedangkan mereka sendiri tidak menjangka DS Anwar akan bertindak membatalkan rayuan tersebut. Pastinya "skrip" yang tidak lengkap akan di dengar di mahkamah nanti sebagaimana awal perbicaraan kes ini yang telah berjaya menewaskan dialog Raja Lawak 4.

15 March 2010

HARIAN METRO - SATU LAGI AKHBAR PENCACAI UMNO

"Berita yang sengaja diputar belitkan" demikianlah kenyataan ahli keluarga Allahyarham Mohd Salleh yang terkorban dalam kemalangan yang membabitkan kereta yang dinaiki oleh YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu pada 12 Mac 2010.


Semalam (14 Mac 2010), Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor bersama beberapa pimpinan AMK Cabang yang lain termasuk Ketua AMK Cabang Gelang Patah telah menziarahi keluarga mangsa. Kami disambut dengan baik bahkan layanan yang diberikan seolah-olah keluarga ini sudah lama mengenali kami. Turut sama dalam lawatan tersebut adalah

Kehadiran kami menziarahi keluarga tersebut telah menarik Ketua Blok untuk turut serta. Dengan mengucapkan terima kasih atas kehadiran kami dan sempat juga beliau menyeru kepada kami untuk menyokong gagasan 1Malaysia yang membuat kami tersenyum.

Kenyataan Metro "Difahamkan, selepas majlis makan malam itu Anwar diiringi Tian Chua dalam kereta berasingan bergegas ke Mersing untuk menghadiri satu majlis di daerah berkenaan pada malam sama".

Jelas petikan dari metro ini adalah satu pembohongan kerana Tian Chua bersama 2 orang rakannya telah bertolak lebih awal ke Mersing berikutan beliau adalah penceramah ke 2 terakhir sebelum DS Anwar Ibrahim. Selepas kira2 45 minit Tian Chua meninggalkan jamuan makan malam tersebut barulah DS Anwar Ibrahim bertolak ke Mersing dan beliau berhenti ditempat kejadian untuk mengetahui keadaan sebenar dan kemudiannya terpaksa meneruskan perjalanan ke Mersing untuk program di sana. Selesai sahaja program tersebut beliau bergegas untuk ke Balai Polis Kota Tinggi namun dalam perjalanan ke sana beliau dimaklumkan bahawa urusan di balai polis tersebut telah selesai.

Bahkan keluarga mangsa amat kecewa apabila beberapa kenyataan yang tidak pernah sama sekali diucapkan oleh mereka namun ianya di tokok tambah dalam berita tersebut dengan tujuan untuk dipolitikkan.

Semalam juga dikhabarkan bahawa Ketua Pemuda Umno Tenggara dan Ahli Parlimen Kota tinggi turut mengutuk Tian Chua yang dilabel sebagai tidak bertanggungjawab. Hanya pihak keluarga dan Tian Chua sahaja yang mengetahui apa yang berlaku selepas kejadian tersebut.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua pihak agar lebih berhati-hati ketika memandu di jalanraya. Ianya juga pengajaran yang amat berguna Majlis Pimpinan Negeri Johor agar bertindak pantas sekiranya berlaku sesuatu yang tak di duga seperti ini sebelum ianya dimanipulasi oleh pihak tertentu. Sekiranya DS Anwar diberikan nombor telefon keluarga mangsa, pasti DS Anwar akan menghubungi keluarga mangsa dengan segera. Namun pihak MPN dan PKR Kota Tinggi gagal berbuat demikian sehingga berita ini dimanipulasikan oleh media pencacai Umno/BN yang sentiasa menunggu berita bagi memburuk-burukkan pimpinan Pakatan Rakyat.

Sekiranya Majlis Pimpinan Negeri merasa keberatan untuk bertindak, arahkan sahaja Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor (AMK Johor) untuk bertindak. Kami sentiasa bersedia.

LEE CHONG WEI - PENDATANG YANG MENGHARUMKAN MALAYSIA

Datuk Lee Chong Wei akhirnya menjuarai Kejohanan Badminton All England buat kali pertama dalam kariernya selepas mengalahkan pemain Jepun, Kenichi Tago di National Indoor Arena, Birmingham dengan kiraan 21-19 dan 21-19.

Anak didik Datuk Misbun Sidek itu menjadi juara All England pada ulang tahun kejohanan tersebut yang ke-100. Beliau yang merupakan anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang pernah melangkah ke perlawanan akhir All England tahun lalu, namun impiannya untuk merangkul gelaran juara ketika itu dihalang pemain China Lin Dan.

Kejayaan Chong Wei wajar menjadi kebanggaan Malaysia walaupun ada pihak terutama beberapa pemimpin Umno yang lantang bersuara mengatakan bahawa orang cina di Malaysia ini adalah pendatang.

Apakah Umno yang dikatakan terlalu berjiwa melayu tidak merasa bangga dengan kejayaan Chong Wei ini atau Umno sendiri meletakkan kasta2 tertentu kepada bangsa lain selain dari bangsa Melayu.

KEDAH TAK MEMBANGUN - MUKHRIZ

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun memberi kenyataan bahawa ekonomi negeri Kedah gagal membangun dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Sewajarnya beliau selaku Timbalan Menteri menjenguk seketika apa yang berlaku di Johor yang selama lebih 50 tahun dibawah pentadbiran Umno/BN, sekarang berada diambang muflis berikutan ketidakcekapan kerajaan negeri mengurus tadbir kewangan negeri.
Begitu juga dengan peruntukan untuk sekolah2 yang kini dikurangkan bahkan ada pelajar sekolah berasrama dipaksa balik ke rumah masing2 pada setiap hujung minggu berikutan pihak sekolah mahu mengurangkan kos penyediaan makanan.
Apakah malang pelajar2 sekolah di Malaysia ini yang kaya raya dengan hasil buminya namun masa depan pelajar2 ini terpaksa dikorbankan demi kepentingan pemimpin yang tak pernah puas memunggah kekayaan. Inikah perjuangan Umno/BN selama lebih 50 tahun yang di bangga-banggakan. Inikah dinamakan kejayaan pembangunan yang diwar-warkan oleh pimpinan Umno.
Ini baru sedikit pendedahan. Belum lagi nasib pelajar2 di IPT tempatan.

Kepada Mukhriz, cerminlah dahulu prestasi negeri2 dibawah pentadbiran Umno/BN.

13 March 2010

DS ANWAR IBRAHIM DI MERSING - UMNO SEMAKIN GELABAH

Kedatangan DS Anwar Ibrahim ke Mersing buat julung kalinya telah disambut hampir 10 ribu orang yang hadir dalam Ceramah Perdana anjuran Pakatan Rakyat Mersing. Jumlah tersebut agak memeranjatkan kerana kawasan Mersing merupakan kubu kuat Umno selain dikelilingi felda2 dan perkampungan nelayan yang majoriti besarnya adalah melayu.



DS Anwar Ibrahim dalam ceramahnya mencabar Najib mendakwanya atas kenyataannya berhubung komisyen pembelian Jet Sukhoi, Kapal Selam serta keterlibatan Najid dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya Sharibu.

Beliau juga menyeru anggota tentera atau bekas pesara tentera yang memahami erti dan nilai perjuangan agar membuat bersama-sama Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan bagi menukar tampuk kepimpinan yang lebih baik.
DS Anwar juga berjanji sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, hasil kekayaan negara akan dikecapi oleh seluruh rakyat sebagaimana berlakunya di negeri Selangor.
Sebelum beliau memulakan ceramah beliau, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor telah bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia yang menjadi pencacai kepada Umno.

Kehadiran ribuan hadirin telah memberi isyarat kepada Umno bahawa rakyat Mersing akan membuat perubahan pada PRU-13 nanti. Kepada PKR Mersing walaupun baru di peringkat penajaan, jangan cepat berpuashati dengan kejayaan program tersebut. Lipat gandakan lagi usaha untuk Pakatan Rakyat menawan Johor.

KENDERAAN TIAN CHUA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

Kenderaan yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua telah mengalami kemalangan apabila kereta yang dipandu oleh sahabatnya itu berlanggar dengan sebuah motorsikal malam tadi (12 Mac 2010). YB Tian Chua yang dalam perjalanan ke Mersing bagi menghadiri program ceramah bersama DS Anwar Ibrahim, terpaksa membatalkan kehadiran beliau ke program tersebut berikutan beliau dikehendaki memberi keterangan kepada pihak polis.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motorsikal terbabit yang merupakan seorang anggota tentera cuba memotong sebuah bas yang menghala ke kota Tinggi lalu bertembung dengan kereta yang dinaiki oleh Tian Chua.
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah dan kehilangan banyak darah akibat tangannya yang terputus manakala rakannya (pembonceng) mengalami kecederaan.
Jalan yang gelap kerana tiada lampu jalan serta keadaan jalan yang bengkang bengkok memberi sedikit kesukaran kepada pemandu yang tidak biasa melalui jalan tersebut.
Bapa mangsa yang ditemui di Balai Polis Kota Tinggi redha dengan kemalangan tersebut dan sempat berpelukan dengan Tian Chua dan menganggap kemalangan tersebut sebagai takdir.
Namun sedikit kekesalan apabila sekumpulan pemuda Umno yang cuba bertindak agresif terhadap Tian Chua namun ianya berjaya ditenangkan oleh beberapa AJK AMK Johor dan orang ramai yang segera bergegas ke tempat kejadian. Mereka kemudiannya berkumpul di hadapan balai polis terbabit sebelum diarah beredar oleh anggota polis yang bertugas.
Sifat tenang, budi bahasa dan perlakuan sopan Tian Chua semasa memperjelaskan situasi sebenar kepada bapa mangsa telah menarik perhatian beberapa anggota polis yang turut memuji sikap Tian Chua. Bahkan suasana sebak bila mana bapa mangsa sanggup memeluk Tian Chua dan sebagai reaksi balas Tian Chua bersalam dan mencium tangan bapa mangsa. Inilah sikap terpuji dari seorang pemimpin.
Pemandu/rakan beliau masih ditahan di balai polis berkenaan sehingga esok untuk siasatan lanjut.

Kepada keluarga mangsa, kami ucapkan takziah diatas kehilangan insan tersayang.

PROGRAM DS ANWAR DI KOTA TINGGI - UMNO SEMAKIN GELABAH

Sambutan hebat semasa kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Kota Tinggi malam tadi (12 Mac 2010) sempena Majlis Makan Malam anjuran PKR Cabang Kota Tinggi telah memperlihatkan bahawa adanya semangat kebangkitan rakyat Kota Tinggi yang mahukan perubahan pada PRU-13. Tiket telah habis dijual dan pihak penganjur terpaksa menolak ratusan permintaan dari individu yang ingin turut serta pada majlis tersebut.

Bahkan mereka yang tidak dapat membeli tiket tersebut turut menghadirkan diri dan sanggup berada diluar restoran hanya semata-mata ingin mendengar amanat serta melihat sendiri DS Anwar Ibrahim.
Namun gangguan bekalan elektrik selama 5 minit telah mencetuskan sedikit ketegangan apatah lagi sebaik sahaja bekalan elektrik terputus, lori TNB melalui depan restoran dan berhenti seolah-olah mahu mencari punca kenapa bekalan elektrik terputus. Namun lakonan dari mereka gagal memuaskan hati petugas2 di situ sehingga mencetuskan sedikit ketegangan. Laungan Reformasi bergema menandakan ketidakpuashatian mereka terhadap kebangsatan Umno.



Turut hadir pada Majlis Makan Malam tersebut adalah YB Tian Chua dan Datuk Chua Jui Meng.
Diharap malam tadi adalah malam kebangkitan semangat PKR Kota Tinggi untuk terus berjuang menumbangkan Umno di muka bumi Johor.


Tahniah PKR Cabang Kota Tinggi..

PENAHANAN AJK AMK GOMBAK - AMK JOHOR JANGAN GENTAR

Walaupun berita mengenai penahanan dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak telah ditahan polis kerana mengedarkan risalah yang mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat telah merentap keberanian atau semangat juang Angkatan Muda Keadilan di Johor ini, diharap ianya hanya bersifat sementara.

Risalah penerangan terperinci dari PKR Pusat mesti dedarkan kepada rakyat agar ianya dapat memahamkan duduk perkara sebenar isu pertuduhan liwat yang kita anggap sebagai Fitnah ke-2 terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi mematikan langkah politik beliau. Angkatan Muda Keadilan di setiap cabang di Johor tidak wajar gentar dan takut terhadap sebarang ugutan dan tekanan kerana dengan cara ini sahaja kita dapat menerangkan kepada rakyat secara "detail" bahawa pertuduhan liwat ini hanyalah rekaan semata-mata.

Ayuh anak muda... Jangan rasa takut dan gentar.. Teruskan perjuangan...

12 March 2010

UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN "BACIN"

Bekas Ketua AMK Malaysia, Mohd Ezam Mohd Noor akan mengadakan Ceramahnya di Rimba Terjun, Pontian pada malam ini (12/3/2010) anjuran Umno Cawangan Rimba Terjun (Parlimen Tanjung Piai). Secara kebetulan ataupun telah dirancang, Program Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kota Tinggi/Mersing juga akan diadakan pada tarikh yang sama.

Namun begitu, perkhabaran dari teman2 di Pontian mengatakan bahawa SMS palsu dan khabar2 angin mula disebarkan dengan mengatakan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke ceramah "Mat Ezam" sebelum ke program rasmi beliau.
Mungkinkah pihak penganjur khuatir sambutan dari penduduk setempat kurang memuaskan serta populariti "Mat Ezam" yang semakin menurun apatah lagi kebencian rakyat terhadap kepimpinan Umno semakin meluap-luap, maka "aura" Dato Seri Anwar Ibrahim digunakan untuk menarik kehadiran orang ramai.
Begitulah "kebacinan" Umno Caw. Rimba Terjun di dalam Parlimen Tanjung Piai apabila terpaksa menggunakan nama Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk programnya. Kepada Datuk MOY (pemilik majalah UJANG) adalah lebih bermaruah jika gunakan kartunis2 Datuk untuk menarik orang ramai datang ke ceramah Mat Ezam dari menghantar SMS palsu.

"BANGSAT PUNYA UMNO"

PENJELASAN ISU FITNAH KE-2 KE ATAS ANWAR IBRAHIM



ISU LOMPAT PARTI - MOHSIN AKAN JAWAP MINGGU DEPAN


Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri bersedia tampil ke hadapan bagi mendedahkan “perkara sebenar" yang berlaku dalam PKR sehingga mendorong beliau keluar parti dan menjadi wakil bebas.
Beliau yang kini dikatakan sedang bercuti di Indonesia menyatakan kesediaannya untuk ditemubual.
Beberapa persoalan pasti akan diajukan oleh wartawan antaranya berita yang menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan sebanyak RM4 juta oleh Umno Perak yang diketuai oleh Hj. Zahid Hamidi melalui Dr. Ibrahim Saad namun beliau hanya menerima sebanyak RM100,000.00 setakat ini dari jumlah yang ditawarkan.
Yang pastinya individu yang menjadi "orang tengah" dalam urusan ini bakal menerima habuan lumayan dan berlipat kali ganda walaupun permohonan untuk menjawat jawatan "tertinggi" dalam anak syarikat negeri Selangor di tolak oleh MB Selangor. Rajuknya sehingga beliau menjadi "broker" kepada mana2 Yang Berhormat dari PR ingin melompat parti.

Parti sewajarnya bersyukur apabila "si bangsat" pengkhianat parti secara sukarela keluar dari parti setelah mereka mengetahui bahawa merekalah pembawa penyakit dan kotoran di dalam PKR.

11 March 2010

- PROGRAM DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI KOTA TINGGI & MERSING -

Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan ke Johor pada 12 Mac 2010 (Jumaat) bagi meneruskan agenda/usaha Pakatan Rakyat Johor untuk menawan negeri ini pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Kali ini giliran Kota Tinggi dan Mersing akan menjadi tuan rumah bagi program beliau di Johor.
Gabungan Pakatan Rakyat di Kota Tinggi dan Mersing telah bertungkus lumus sejak 2 minggu yang lalu untuk membuat persiapan terbaik. Komitmen tinggi yang diberikan oleh petugas2 telah memperlihatkan kesungguhan mereka mahukan Umno/BN di tumbangkan di bumi Johor ini.
Beberapa AJK Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor telah diberikan amanah untuk menjaga keselamatan Dato' Seri Anwar Ibrahim sepanjang program beliau di Johor manakala selebihnya akan dikerahkan ke Mersing kerana dijangkakan suasana "panas" akan berlaku namun diharapkan Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor menjaga keperibadian masing2 bagi menunjukkan sikap dan kematangan politik. Jangan termakan provokasi murahan dari golongan2 "bangsat" yang sentiasa mahu menggagalkan apa juga program Pakatan Rakyat di negeri Johor ini kerana mereka sudah mula gelisah dengan kebangkitan dan kesedaran rakyat Johor mengenai kepincangan petadbiran yang diterajui oleh Umno terutama kelemahan dalam urustadbir kewangan negeri.

Berikut adalah tentatif program lawatan Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kota Tinggi dan Mersing :-

Kota Tinggi
  • 07.30 mlm - DSAI bersama rombongan dijangka tiba di Kota Tinggi dan menunaikan solat Maghrib di Masjid Jamek Kota Tinggi
  • 0800mlm - Jamuan Makan Malam di Public Restoran, Kota Tinggi
Antara pimpinan yang hadir dalam program Jamuan Makan Malam :-
  • Yang Berbahagia Datuk Chua Jui Meng
  • Yang Berhormat Tein Chua
  • Yang Berhormat Gan Pei Nei

Mersing
  • 0845pm - 1200pmCeramah Perdana Pakatan Rakyat
Antara Penceramah yang hadir :-
  • Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim
  • Yang Berbahagia Datuk Chua Jui Meng
  • Yang Berhormat Tein Chua
  • Yang Berhormat Gan Pei Nei
  • Yang Berhormat Dr. Boo Cheng Hau
  • Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed