DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

29 April 2010

SKANDAL KOMISYEN KAPAL "TAK" SELAM : NAJIB BAKAL DIPAKAIKAN PAMPERS OLEH ZUL NORDIN

Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang telah memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal penjualan kapal selam kepada kerajaan Malaysia, akan mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan Pertubuhan Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan SUARAM yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Najib pada sekitar 2002 yang pada ketika itu menjawat jawatan Menteri Pertahanan, adalah menteri yang bertanggungjawab keatas pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dollar. Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.

Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakkan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.

Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.

Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.

Altantuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.

Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati. Namun begitu Najib mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.

Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada dengan nama "Allah" bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.

Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib. Selepas Altantuya dijumpai dibunuh dengan kejam, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.

Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu. Ini bermakna kos berbilion dollar yang dilaburkan oleh Kerajaan Malaysia hanyalah untuk membeli besi kosong.

Pembaca nilailah sendiri "kebangsatan" pemimpin Apco-BN/Umno yang hanya mementingkan perut mereka sendiri dan wang rakyat dibazirkan sebegitu sahaja.

28 April 2010

KEMEJA RASMI PKR CABANG GELANG PATAH

Mulai 7 Mei 2010, semua Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Gelang Patah termasuk AMK dan Wanita dikehendaki memakai kemeja rasmi PKR Cabang Gelang Patah pada setiap urusan rasmi parti yang akan dijual dengan harga RM55 (Lelaki) / RM60 (Perempuan - Lengan Panjang).

Kemeja T @ T Shirt (berkolar/tidak berkolar) PKR Gelang Patah akan dijual dengan harga RM20 - RM30 sehelai dan ianya boleh dibeli oleh setiap ahli PKR Gelang Patah yang telah berdaftar. Dan sekiranya ada individu yang berminat tetapi belum menjadi ahli, mereka perlulah mendaftar sebagai ahli PKR Gelang Patah.

Sehubungan dengan itu, semua AJK/Ahli PKR Gelang Patah diminta berhubung terus dengan Setiausaha Cabang (Sdr. Nazri) di 019-7482937 @ 017-7358397 bagi pengesahan saiz dan urusan bayaran. Contoh baju2 tersebut akan dipamerkan pada program Ceramah 1 Mei 2010 nanti.

MAJLIS TAHLIL & MERAIKAN PETUGAS PRK HULU SELANGOR

Sebagai satu langkah pemantapan rohani, Biro Agama/Kemasyarakatan dan Kebudayaan PKR Cabang Gelang Patah akan mengadakan majlis tahlil serta meraikan petugas2 PKR Gelang Patah yang terlibat dalam kempen PRK Hulu Selangor. Majlis akan diadakan seperti butiran berikut :-

Tarikh : 06hb Mei 2010 (Khamis)
Masa : 08.45 malam
Tempat : Pejabat PKR Taman Teratai.

Aturcara program :-

08.45 -09.20 mlm - Majlis Tahlil dan Doa (akan dipimpin oleh Pemangku Ketua Cabang)

09.20 - 10.00mlm - Tazkirah oleh Utz. Zaifiddin bin Mat Isa

10.00 mlm - Jamuan

Semua AJK dijemput dan diwajibkan hadir.

*** Program Tahlil dan Tazkirah akan diadakan setiap 2 minggu bermula 6hb Mei 2010.

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT

Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah akan menganjurkan satu Siri Ceramah Umum Pakatan Rakyat dan butiranya seperti berikut :-

Tarikh : 01hb Mei 2010 (Sabtu)

Masa : 08.45malam

Tempat : Pejabat Pas Kwsn. Gelang Patah (Dewan Al-Razi)

Jalan Kebudayaan 10, Taman Universiti, Skudai

Antara penceramah yang akan hadir adalah YB Dr. Boo Cheng Hau (ADUN Skudai), YB. Manikavasagam (Ahli Parlimen Kapar), Sdr. Suhaizan Kaiat (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat) dan Sdr. Badrulhisham Shahrin @ Che'gu Bard (Majlis Pimpinan PKR Pusat).

Sebagai Pengarah Program tersebut, saya dengan berbesar hati menjemput tuan/puan untuk hadir beramai-ramai bagi mendengar penjelasan pimpinan Pakatan Rakyat mengenai kemelut politik negara yang semakin berkeceramuk akibat kerakusan Najib yang mahukan kemenangan bagi beliau terus kekal berkuasa. Saya turut mengalu-alukan kehadiran ahli2 Umno yang inginkan penjelasan lanjut mengenai isu APCO, 1Malaysia, Kewangan Negara dan pelbagai lagi isu yang akan dihujahkan oleh penceramah jemputan pada malam tersebut.

Sekian, terima kasih.

Mohd Fadzil bin Hashim
Pengarah Program

27 April 2010

PRK P212 SIBU : TERUSKAN PERJUANGAN....

Selepas penat berkempen di Hulu Selangor, kini tugas lebih getir menanti petugas Pakatan Rakyat apabila PRK Sibu pula menanti. 8 Mei 2010 merupakan hari penamaan calon manakala 16 Mei 2010 adalah hari pengundian sebagaimana yang telah ditetapkan oleh SPR.

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh SPR, Parlimen Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos kalangan angota tentera dan polis. Daripada jumlah itu, 36,389 adalah pengundi Cina (66.7 peratus), 5,740 Melayu (10.5 peratus) dan 12,050 Bumiputera Sarawak (22.1 peratus). Seramai 27,679 adalah pengundi wanita dan kira2 4,000 pengundi berusia antara 70 hingga 90 tahun.

Dalam pada itu, 3,028 orang adalah pengundi baru ataupun mereka yang berpindah ke bahagian itu sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Berdasarkan fakta tersebut dan mengambil kira sokongan atau "reform" yang ditunjukkan oleh kaum cina dan india pada PRK Hulu Selangor, peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi tersebut adalah besar. Apatah lagi keceluparan Presiden Perkasa yang mendesak kerajaan APCO-BN menangguhkan bentuk bantuan kepada kaum Cina dan India setelah mereka secara total menolak APCO-BN pada PRK Hulu Selangor baru2 ini.

Keceluparan Ibrahim Ali yang menang pada PRU-12 atas tiket PAS dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya Ahli Parlimen Bebas yang jelas menyokong APCO-BN, wajar diberikan pengajaran dan kaum yang dihina pemimpin "bangsat" ini mesti memberi mesej yang jelas bahawa politik perkauman bukan lagi relevan dimasa ini. Sewajarnya Ibrahim membantah kempen atau taburan wang yang cukup banyak oleh Najib Razak pada PRK Hulu Selangor untuk membeli undi terutama peneroka2 felda yang majoritinya orang melayu sekaligus memperlihatkan bahawa moral atau maruah orang2 melayu boleh dibeli dengan sejumlah wang sedangkan pada hakikatnya mereka diugut secara halus oleh Najib. Manakan tidak, apabila Najib mengumumkan peruntukan RM50,000 kepada peneroka, kemudiannya memaklukan bahawa RM1,000 tunai diberikan kepada peneroka2 felda tersebut semasa kempen manakal bakinya akan diberikan jika APCO-BN menang pada PRK tersebut. Najib mewarisi kepimpinan penjajah yang merosakan jiwa dan minda orang2 melayu yang sememangnya layu bila menerima sogokan atau ganjaran. Seperti penulis katakan sebelum ini bahawa inilah "saka" warisan nenek moyang kita sejak zaman kesultanan melayu yang perlu dibuang dan diubah dari pemikiran orang2 melayu. Inilah cabaran hebat dan paling utama untuk pemimpin melayu Pakatan Rakyat bagaimana untuk mengubah minda orang2 melayu.

Cabaran getir bagi petugas Pakatan Rakyat pada PRK Sibu adalah kempen di kawasan2 pendalaman yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Namun Saketariat Pemuda Pakatan Rakyat (SEPAKAT) yang telah dibentuk bakal memberikan satu gerakan mantap yang dapat mengimbangi kekuatan jentera APCO-BN. Khabar2 angin mendakwa bahawa berkemungkinan besar ada pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak dibenarkan menjejaki bumi Sarawak berikutan larangan Ketua Menteri Sarawak yang mungkin risau akan berlakunya tsunami politik dibumi kenyalang.

Penulis dipelawa oleh YB Fauziah Salleh selaku Pengarah Pilihanraya PKR Pusat untuk ke Sibu bagi menimba pengalaman dan mempelajari gerakerja yang dilakukan oleh saketeriat yang telah dibentuk oleh beliau. Pengalaman dan Ilmu yang diperolehi akan diterapkan dalam gerakerja PKR Cabang Gelang Patah bagi menghadapi persedian PRU-13 nanti. Penulis masih mempertimbangkan pelawaan tersebut dan jika tiada aral, penulis bersedia bersama teman2 dari Semenanjung untuk ke Sibu. Namun jika sebaliknya berlaku, penulis akan iringi perjuangan teman2 dengan doa agar kemenangan rakyat diperolehi di bumi Sibu.

26 April 2010

MUHASABAH DEMI MEMPERJUANGKAN NASIB RAKYAT

Kekalahan di PRK Hulu Selangor memang memeritkan namun ianya harus diterjemahkan sebagai satu kesedaran kepada kita bahawa persiapan yang lebih rapi perlu dibuat jika kita mahukan kemenangan apatah lagi harapan menggunung untuk menawan Putrajaya perlu disusuli dengan usaha keras.
Walaupun kita boleh mengatakan kemenangan APCO-BN sebagai kemenangan yang tidak "gentleman" apabila taburan wang digunakan bagi mereka menguasai atau menawam semula kerusi Parlimen Hulu Selangor namun berdasarkan dari pengalaman penulis, parti perlu berbuat sesuatu jika kita ingin kemenangan mutlak dicapai pada pilihanraya akan datang.
Walaupun undi meningkat dikalangan pengundi bukan melayu, namun hakikatnya orang melayu atau lebih tepat maruah orang melayu mudah dibeli dengan wang ringgit. Felda yang dihuni oleh orang melayu masih merupakan "kilang" bagi APCO-BN untuk mengeluarkan pengundi2 tegar BN walaupun peneroka2 ini sudah diberikan penerangan yang cukup "solid" oleh Biro Felda & Orang Asal serta ANAK, namun mentaliti mereka dan iman yakin mereka masih bertuhankan $$$$. Mungkin tuduhan ini agak keras untuk diterima warga peneroka namun jika pemikiran warga peneroka ini dibandingkan dengan kebangkitan perjuangan Orang Asal/Asli, orang melayu di felda2 wajar malu dengan kesedaran Orang Asal/Asli yang hidup mereka jauh lebih susah dari warga peneroka.
Sememangnya sedari dahulu lagi jiwa & maruah orang melayu mudah dibeli. Ketika zaman kesultanan Melayu, Zaman pemerintahan British dan Zaman pemerintahan Jepun, ada sahaja nama petualang melayu yang mengkhianati agama, bangsa dan negara sendiri hanya kerana wang dengan alasan "sampai bila mahu hidup susah". Dengan sedikit tawaran walaupun penjelasan telah dibuat bahawa mereka sebenarnya ditipu oleh pemerintah namun orang melayu lemas bilamana tawaran wang dan ganjaran dijanjikan oleh pemerintah.
Pakatan Rakyat khususnya PKR perlu mencari formula terbaik untuk menjelaskan atau memberi kesedaran kepada orang melayu bukan sahaja di felda2 malahan diseluruh ceruk perkampungan tradisional yang mindanya masih tertanam "saka" zaman penjajah iaitu minda yang susah untuk berubah.
Permasalahan dalaman parti terutama pemimpin2 "haprak" yang bertindak keluar parti bilamana munculnya pilihanraya perlu dijadikan iktibar. Majlis Pimpinan Negeri perlu bertindak lebih agresif dan sentiasa berhubung dengan pimpinan Cabang untuk mengenal pasti AJK Cabang yang bermasalah dan menjadi "katak" bila sahaja adanya pilihanraya. Pimpinan Cabang perlu bijak mengenalpasti AJK bermasalah dan mendekati golongan ini agar ia tidak mudah dibeli oleh APCO-BN. Sebagai pimpinan baik diperingkat negeri/cabang/ranting, bukan sahaja tahu memberi arahan namun perlu membimbing, mengajar, membentuk, mendidik dan memberi penjelasan sepenuhnya sehingga mereka benar2 faham fungsi mereka dalam sebuah organisasi parti. Bukan menyalahkan mereka jika organisasi tepu dan lesu. Kesedaran perlu ditanamkan disetiap jiwa pimpinan parti bahawa menjawat jawatan didalam sebuah organisasi politik bukan sekadar suka2 tapi perlu serius dan kreatif untuk mengukuhkan organisasi tersebut. Inilah salah satu kelemahan yang ada dalam PKR yang perlu diperbaiki jika mahu dilihat sebagai sebuah parti yang lebih bermaruah. APCO-BN akan sentiasa mencari peluang dan ruang untuk merobek maruah parti walau dengan apacara sekalipun yang pasti matlamat mereka tercapai. Pemimpin walau setinggi mana sekalipun perlu mendengar pandangan dari orang bawahan walaupun mereka hanyalah ahli biasa.
Semoga pandangan ini tidak disalahertikan oleh mana2 pimpinan. Yang penting kita sama2 perubahan ke arah yang lebih baik perlu ada dalam setiap jiwa pemimpin. Pemimpin perlu kreatif dan inovatif serta agresif untuk mencari kemenangan. Apa guna kita menang dihati rakyat tapi kita kalah pada pilihanraya sedangkan kemenangan itu adalah langkah pertama untuk membela nasib rakyat dan jika kita gagal memenangi pilihanraya, hanya janji yang mampu kita berikan atau taburkan kepada rakyat. Justeru KEMENANGAN itu adalah HARAPAN RAKYAT. Berjuangalah dan berkerjalah untuk MENANG demi rakyat.

22 April 2010

ANWAR AKAN BONGKAR LEBIH BANYAK SALAH LAKU PIMPINAN APCO-BN JIKA DIGANTUNG

DS Anwar Ibrahim tidak gusar atau bimbang untuk menghadapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen hari ini kerana sekiranya beliau digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat masa yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk membongkarkan lebih banyak penyelewengan dan skandal APCO-Umno/Barisan Nasional. APCO-Umno kini semakin takut dan gusar dengan pendedahan beliau mengenai pembabitan unsur Zionis Yahudi dalam kerajaan melalui firma antarabangsa Apco Worldwide.

Datuk Zaid Ibrahim yang telah dinobatkan sebagai calon PKR pada PRK Hulu Selangor kini menjadi sasaran blogger2 serta pimpinan APCO-Umno apabila mereka mula menyerang peribadi beliau. Namun kebijaksanaan dan ketenangan yang dianugerahi oleh Allah kepada beliau, "permainan nakal" bloggers serta pimpinan APCO-Umno/BN dapat ditangani dengan bijaksana dan sebaliknya APCO-Umno/BN pula yang kepanasan. Walaupun apa juga media massa digunakan termasuk TV, Radio, Akhbar harian dan pelbagai lagi namun kebenaran Allah s.wt. itu lebih besar.

DS Anwar turut menyatakan bahawa beliau tidak kisah dengan keputusan Jawatankuasa Hak Kebebasan Parlimen itu nanti walaupun beliau mungkin digantung dari menghadiri sidang parlimen selama setahun. Beliau turut menjelaskan bahawa pembongkaran Isu Apco yang didedahkan dalam parlimen tempohari kerana beliau ingin menyelamatkan Malaysia daripada diresapi oleh unsur Zionis Yahudi.

PRK P094 HULU SELANGOR : ADUHAI SHAHRIZAT... ADEH LA MUHYIDDIN

Respond dari komen Shahrizat Abd Jalil yang berpangkat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengatakan "sudah lebih 2 tahun Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor namun pembangunan di Hulu Selangor amat perlahan". Shahrizat berkata demikian bila ditemuramah oleh wartawan ketika berkempen di Hulu Selangor bagi membantu calon BN memenangi kerusi tersebut.

Jika Sharizat yang juga Ketua Wanita APCO-Umno mempertikaikan pembangunan Kerajaan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor setelah 2 tahun memerintah, bagaimana pula dengan kerajaan APCO-Umno/BN yang memerintah negeri Selangor sebelum ini selama puluhan tahun. Kenapa Hulu Selangor masih mundur....??? Kenapa Hulu Selangor semakin "terhulu" di hati pemimpin APCO-Umno/BN dahulu. Selangor yang merupakan negeri terkaya di Malaysia namun rakyatnya masih terpinggir dengan pembangunan. Bukan 10 tahun APCO-Umno memerintah tapi sudah lebih 50 tahun APCO-Umno/BN memerintah Selangor sebelum ini, namun Hulu Selangor hanya menikmati pembangunan yang cukup minimum.

Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Johor yang kini menjawat Timbalan Perdana Menteri sekarang sibuk menabur janji kepada warga felda di Hulu Selangor namun banyak felda di Johor ini juga memerlukan pembelaan. Warga Felda Cahaya Baru, Masai, Johor yang telah sekian lama menderita namun masih tidak mendapat pembelaan. Apakah tindakan Timbalan Perdana Menteri atau pimpinan APCO-Umno Pasir Gudang..??? Berapa lama lagi mereka harus menderita....

21 April 2010

CERITA PENDEK KAWAN EZAM

Malam tadi (20/4/2010), penulis ke PKR Cabang Pasir Gudang untuk menghadiri satu mesyuarat khas mengenai program DS Anwar yang akan ke Johor dan kali ini Cabang Pulai dan Pasir Gudang akan menjadi tuan rumah kepada program DS Anwar. Mudah2an dengan komitmen yang cukup baik dari DS Anwar, PKR/Pakatan Rakyat Johor mampu menawan negeri ini dari terus ditakluki oleh Umno/BN. Namun komitmen dari Ketua Umum sahaja tidak cukup jika PKR Johor tidak menunjukkan kesungguhan untuk menawan negeri ini. Politik bukan setakat berceramah, tampal poster, edar risalah dan sebagainya, namun ia memerlukan pelbagai strategi yang "fresh" bagi menampakkan kematangan dan kekuatan parti.

Pada malam tadi juga saya berkesempatan berjumpa dan berbual dengan rakan lama Ezam. Beliau mendakwa Ezam berbohong ketika memberi kenyataan berkaitan menarik balik sokongan terhadap DS Anwar Ibrahim atas pertuduhan liwat. Rakan Ezam mendakwa bahawa dalam mesyuarat Exco AMK Pusat, Ezam tidak pernah sama sekali mengusulkan untuk membebaskan DS Anwar. Apa yang Ezam sering nyatakan dalam mesyuarat Exco AMK pusat adalah bagaimana ingin menjatuhkan kerajaan dan menghuru-harakan negara. Rakan lama Ezam juga menceritakan ketika Ezam menjadi tahanan ISA dan dipenjarakan atas kesalahan dibawah OSA, Ezam telah menghantar surat kepada pimpinan AMK yang bebas dan memaki hamun mereka ini dengan mengatakan bahawa pimpinan AMK yang berada diluar penjara/lokap sebagai "pengecut" kerana tidak berani mengadakan demontrasi sedangkan beliau sanggup dipenjarakan kononnya "mempertahankan DS Anwar Ibrahim". Penulis dimaklumkan juga bahawa seorang bekas ketua hakim merupakan bapa saudara kepada isteri Ezam dan bekas ketua hakim inilah yang dikhabarkan sering mengaturkan perancangan Ezam semasa didalam penjara.

Apakah Ezam sebenarnya merupakan "api dalam sekam" ketika dia menerajui AMK dan PKR dahulu...??? Mungkinkah DS Anwar telah menghidu perancangan licik Ezam dan membiarkan Ezam meninggalkan PKR..???

Kepada pemuja dan "penjilat" bontot Ezam yang masih berada dalam PKR, penulis menasihatkan agar "si kitul" ini dilupakan. Dipenjarakan kerana berjuang bukan satu tiket untuk kita mengatakan bahawa kita adalah pejuang yang hebat namun istiqamah dalam perjuangan serta melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna adalah lebih mulia.

20 April 2010

PARASIT DALAM PKR

Tindakan beberapa ahli PKR yang keluar dari parti juga menampakkan keikhlasan perjuangan mereka hanyalah "seperti debu yang melekat dibaju". Mereka sanggup mengadai prinsip sehingga mereka sanggup menyokong Najib walaupun mereka sudah mengetahui siapa Najib sebenarnya. Mereka ini sebenarnya lebih "bangsat" dari Apco-Umno.

Ketua dan Timbalan Ketua AMK Shah Alam berjalan megah bersama Ezam setelahberjaya mencemar nama PKR. Reformiskah mereka.....???

Ketua dan Timbalan Ketua AMK Cabang Shah Alam yang bertindak keluar parti setelah tidak berpuashati dengan pencalonan Zaid sebagai calon PRK Hulu Selangor bahkan menyifatkan tindakan DS Anwar Ibrahim mencalonkan Zaid hanyalah untuk mempertahankan beliau dengan kepakaran undang2 yang dimiliki Zaid ketika di parlimen nanti. Tindakan keluar parti oleh 2 pimpinan AMK Shah Alam ini dikaitkan dengan sms dari Ketua AMK Selangor yang juga Naib Ketua AMK Pusat yang dikatakan tidak berpuashati dengan pencalonan Zaid.

Dr Halili umum keluar parti PKR dan dibelakangnya adalah bekas Setiausaha Agung PKR.

Tindakan Dr. Halili yang bertindak keluar dari parti dan menyertai Umno walaupun beliau antara orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan Parti Keadilan Nasional pada 1999 sedikit sebanyak menggangu perjalanan kempen di PRK Hulu Selangor namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita mengendurkan kempen di Hulu Selangor. Kenyataan Dr. Halili dalam sidang akhbarnya jelas menggambarkan kekecewaannya apabila tidak terpilih sebagai calon PRK Hulu Selangor dan rakyat dapat menilai keikhlasan perjuangan beliau selama ini.

Mengharapkan pangkat dan imbuhan itu bukan prinsip dalam perjuangan PKR dan jika ada pemimpin PKR yang bersikap demikian, walau setinggi mana sekalipun kedudukan anda dalam parti, percayalah bahawa kami yang berada dibawah akan "menjahanamkan mereka". Jika masih ada golongan yang berkepentingan peribadi dalam parti ini maka ini adalah amaran buat "golongan bangsat" itu, jika kamu ingin kekal dalam parti untuk membela nasib rakyat, maka berubahlah dan insaflah tetapi jika kamu tidak mahu berubah dan insaf maka setinggi mana kedudukan kamu dalam parti ini, kami menasihatkan anda agar "berambus" keluar dari parti ini sebelum kami halau kamu seperti "anjing kurap".

"Golongan bangsat" ini wajar sedar apabila melihat gelombang rakyat, kuasa rakyat menumbangkan keangkuhan Umno/BN pada PRU-12 yang lalu dan ianya juga tidak mustahil bahawa ahli biasa dibawah ini mampu untuk menjatuhkan mereka sekaligus menjahanamkan "golongan bangsat" ini dari terus menjadi parasit dalam parti.

PRK P094 HULU SELANGOR : SERANGAN PERIBADI TERHADAP CALON PAKATAN RAKYAT

Sikap profesional dan ketenangan yang dimiliki oleh calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim menangani isu2 serangan peribadi terhadap beliau membuatkan beberapa pemimpin Umno pula kepanasan. Tindakan beberapa "blogger bangsat" upahan Apco-Umno menyiarkan gambar yang telah diubah suai menggunakan teknik "super imposed" nyata memakan diri apabila ada bloggers pula menyerang balas dengan menyiarkan beberapa gambar yang melibatkan Khairy dan Hishamuddin juga berkaitan dengan arak. Pengakuan ikhlas dari Datuk Zaid mencerminkan keinsafan beliau walaupun Ketua Menteri Melaka yang pernah terlibat dengan rasuah @ politik wang mempertikaikan keinsafan Datuk Zaid.

Tindakan beberapa "bloggers upahan" Apco-Umno yang cuba menyiarkan gambar palsu membayangkan bahawa BN sebenarnya tertekan apabila PKR mencalonkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pada PRK Hulu Selangor dan cuba mengalihkan isu besar yang melanda negara. Isu keselamatan negara yang terjejas akibat dari tindakan terdesak kerajaan BN untuk menghancurkan Pakatan Rakyat telah bertindak melantik perunding dari syarikat yang berpengkalan di Israel. Syarikat "yahudi" tersebut telah diberi tanggungjawab untuk menaiktarafkan sistem komunikasi negara yang secara langsung membolehkan "musuh islam" ini menerobos mana2 pengkalan data sistem keselamatan negara. Apatah lagi pakar2 mereka merupakan bekas2 tentera terlatih Israel. Inilah yang cuba ditutup oleh Apco-Umno dengan memperhebatkan serangan peribadi ke atas Datuk Zaid.

Petugas2 dan sukarela2 Pakatan Rakyat dari seluruh negara amat2 diperlukan bagi memperhebatkan kempen memenangkan calon Pakatan Rakyat.

18 April 2010

MAHKAMAH PERANCIS MULAKAN SIASATAN ISU KAPAL "TAK BOLEH" SELAM

Pejabat Pendakwaraya Perancis telah diminta memulakan siasatan ke atas unsur rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia semasa Perdana Menteri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan. Siasatan itu turut membabitkan penjualan kapal selam oleh syarikat DCN dan anak syarikatnya Amaris kepada beberapa Negara lain termasuk India dan Pakistan.

Penjualan kapal selam membabitkan dakwaan sekutu Najib di bayar komisyen lebih lima ratus juta ringgit telah lama membelenggui perdana menteri. Malah pembayaran komisyen itu dikaitkan kepada pembunuhan warga Mogolia Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.

Dua hakim Peranchis Francoise Besset and Jean-Christophe Hullin, sedang menyiasat dakwaan pemimpin-pemimpin politik Peranchis terbabit dalam kegiatan rasuah dalam menjual peralatan ketenteraan kepada Negara-negara seperti Malaysia.

Najib juga telah lama dikaitkan dengan pembunuhan model Monggolia yang juga berkait dengan komisyen pembelian kapalselam walaupun Najib sering menafikan keterlibatan beliau dalam kes tersebut.

Sekiranya Pejabat Pendakwaraya Perancis berjaya membuktikan kebenaran dan wujudnya "prima facie" berasaskan dakwaan mereka terhadap Najib, maka menjadi satu sejarah hitam bagi negara sejak zaman kesultanan melayu apabila seorang ketua negara di dakwa atas tuduhan yang amat serius.

PRK P94 HULU SELANGOR : BN GUNA ANAK IKAN "IMPORT" SOKONG CALON




Akibat kurang sokongan orang melayu berikutan bantahan terhadap calon MIC, BN telah mengimport penyokong dari kalangan pelajar2 sekolah dan IPT untuk bertindak sebagai penyokong/petugas pilihanraya BN. Dipercayai ada sebilangan pelajar2 ini datang dari Negeri Sembilan, hadir setelah ditawarkan "upah" jika mereka bertugas pada PRK Hulu Selangor.
Ia amat berbeza dengan perjuangan penyokong Pakatan Rakyat yang sanggup hadir dan berkhidmat secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang imbuhan bahkan sanggup mengeluarkan duit sendiri. Inilah perjuangan sebenar yang tidak meletakan wang ringgit sebagai keutamaan dalam memartabatkan hak rakyat dibumi Malaysia ini.

PRK HULU SELANGOR : PAKATAN RAKYAT MAMPU MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN RAKYAT

Hari ini akan bermula kempen dari kem 4 calon yang akan bertanding. Semalam telapun disahkan bahawa 4 calon akan bertanding merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor yang kosong setelah kematian Ahli Parlimennya. Walaupun beberapa insiden berlaku termasuk kejadian pecah cermin 8 buah kereta dari penyokong Pakatan Rakyat namun pihak polis masih yakin bahawa keadaan masih terkawal.
Walaupun lebih dari 20000 penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calon, Datuk Zaid Ibrahim namun ianya tidak akan memberi makna jika sokongan tersebut tidak konsisten sehingga hari pembuangan undi.
Dihari penamaan calon semalam sudah memperlihatkan provokasi awal BN apabila ada penyokong Pakatan Rakyat (perempuan) yang terkena balingan objek dan insiden ini menyebabkan beberapa penyokong Pakatan Rakyat hilang pertimbangan dan menyerang balas. Namun ianya berjaya ditenangkan.

Penulis menjangkakan bahawa BN akan mengugnakan taktik ganas yang dunakan di Bagan Pinang.Ini berdasarkan laporan mengenai serangan balingan objek termasuk botol arak ke arah kenderaan DS Anwar dan peristiwa tersebut berlaku di Kampung Kerling malam tadi.
AMK Johor dibawah pimpinan Pengarah Pilihanraya AMK Johor, Sdr. Khairul Fauzi, menjalankan tugas dengan baik walaupun beberapa petugas dari Johor yang kelihatan pada sebelah siang namun tidak dilihat pada sebelah malam.
Sokongan rakyat setempat juga dikatakan lebih baik dan menunjukkan rakyat Selangor semakin menerima Kerajaan Pakatan Rakyat yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terjamin dan itulah juga visi Pakatan Rakyat untuk menjadi kerajaan yang berkebajikan walaupun ada pimpinan Umno yang "angkuh dan kurang bijak" dengan mengatakan bahawa kerajaan yang berkebajikan akan bankrup. Sememangnya Umno tidak akan senang melihat rakyat lebih terbela dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat dan akan terus memperlekeh pimpinan Pakatan Rakyat. Kempen awal semalam juga memperlihatkan sokongan ke atas calon Pakatan Rakyat dari semua kaum adalah seimbang dan ia membuktikan bahawa calon ini diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Ayuh..terus pergiatkan lagi kempen kita bagi memberi kemenangan mutlak dengan majoriti yang lebih besar kepada calon Pakatan Rakyat - Datuk Zaid Ibrahim.

16 April 2010

PRK HULU SELANGOR : HJ. KJ... AMK JOHOR SEDIA BERTEMPUR

Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor bersedia untuk "bertempur" di medan politik jika Khairy Jamaluddin menggunakan taktik kotor sebagaimana berlaku di PRK Bagan Pinang. AMK Johor akan menghantar seberapa ramai petugas bagi membantu jentera pilihanraya Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.

Serangan berdarah ketika PRK Bagan Pinang tetap menjadi ingatan kepada kami dan kali ini kami lebih bersedia untuk mengajar keganasan "samseng2" belaan Umno. Jika mereka menyerang jentera Pakatan Rakyat sebagaimana berlaku di Bagan Pinang, kami akan pastikan muka2 mereka dan aksi ganas mereka menjadi tontonan seluruh dunia.

Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor memberi ingatan kepada Khairy dan kuncu2nya agar bersikap profesional dan matang dalam kempen di PRK Hulu Selangor ini. Jangan terlalu jahil sehingga mengamalkan politik kotor dan sempit lagi bodoh serta boleh mengancam nyawa manusia.

PRK HULU SELANGOR : MAT SEMBAB DI CABAR LAGI..

Pada PRK Bagan Pinang yang lalu, Muhyiddin Yassin dicabar untuk berdebat soal isu "Pengkhianat Melayu". Namun Muhyiddin anak Yassin tidak berani menyahut cabaran tersebut kerana dia sendiri mengetahui bahawa dialah "Pengkhianat Melayu" kerana semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor, diberitakan banyak tanah2 rezab melayu jatuh ke tangan bangsa asing.

Kali ini di PRK Hulu Selangor, beliau dicabar lagi. Kali ini oleh calon Pakatan Rakyat yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Muhyiddin dicabar untuk mengisytiharkan hartanya selepas beliau cuba "mengusik" Zaid Ibrahim dengan panggilan "orang kaya" yang mungkin dimaksudkan sebagai penerima rasuah semasa menjadi menteri selama 6 bulan di zaman era pemerintahan Pak Lah.

Datuk Zaid Ibrahim dalam reaksi balasnya bahawa beliau sanggup mengisytiharkan hartanya pada bila2 masa dan serta-merta sekiranya Muhyiddin dan menteri kabinet sanggup menyahut cabaran yang sama. Zaid turut mempersoalkan peranan Muhyiddin sebelum ini, ketika Pak Lah (ketika menjadi Perdana Menteri) mencadangkan supaya mereka (menteri kabinet) mengisytiharkan harta dan hutang masing-masing dan mengapa cadangan Pak Lah tersebut ditolak. Muhyiddin harus menjelaskanya kepada rakyat.


Zaid juga menempelak Muhyiddin dengan mengatakan bahawa beliau adalah menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang dan bukan menteri yang menjaga Petronas atau Felda apatahlagi kewangan. Jika Muhyiddin benar2 anak Johor yang terkenal dengan keberaniannya, sahutlah cabaran Zaid Ibrahim untuk mengisytihar harta masing2 bagi memperlihatkan ketelusan seorang pemimpin. AMK Cabang Gelang Patah mencabar Muhyiddin untuk menyahut cabaran Datuk Zaid. Jangan malukan orang Johor.

"Berani kerana benar... Takut kerana salah"... Jika beliau menolak cabaran ini, penyokong2 Umno wajar merasa malu punyai pemimpin yang pengecut dan "tak ada telor"....

15 April 2010

ADUAN RAKYAT : JANGAN LACURKAN NYAWA & KESELAMATAN RAKYAT

Angkatan Muda keadilan Cabang Gelang Patah telah menerima dua aduan mengenai permasalah penduduk di sekitar Parlimen Gelang Patah. Pertama adalah masalah ketelusan dan yang kedua adalah keselamatan penduduk.

Masalah 1 (Ketelusan)

Sebuah kawasan perumah telah dibina satu lot rumah kos rendah (bagi yang berpendapatan rendah), rumah yang mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah. Namun penduduk melahirkan kekecewaan apabila ada diantara penduduk di kawasan tersebut memiliki kereta2 mewah dan tidak menggambarkan mereka ini dari golongan berpendapatan rendah sedangkan ramai lagi golongan yang perlukan pembelaan terpaksa menyewa rumah akibat permohonan mereka ditolak walaupun mereka sebenarnya lebih layak membeli rumah tersebut. Penduduk setempat juga melahirkan kekesalan apabila ada beberapa unit rumah langsung tidak berpenghuni. Dipercayai rumah tersebut telah dimiliki oleh individu tertentu setelah permohonan membeli rumah tersebut disokong kuat oleh ADUN kawasan terbabit namun nama individu terbabit telah disenaraihitamkan oleh pihak bank dan gagal membuat pinjaman perumahan. AMK Cabang Gelang Patah bersama beberapa individu sedang menyiasat perkara ini dan satu sidang media akan diadakan setelah maklumat tepat diperolehi.

Masalah ke-2 (Keselamatan Penduduk)

Sebuah tangki air bagi kegunaan penduduk telah dibina disebuah taman. Namun lokasi pembinaan tangki air tersebut tidak bersesuaian kerana mengancam keselamatan penduduk. Dibina di atas sebuah bukit yang mana dibawahnya adalah kawasan perumahan penduduk. Ada penduduk yang mendakwa, ketika pembinaan tangki tersebut, ada rumah yang mengalami keretakan dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pemaju. Lebih mengejutkan apabila pembinaan tangki air tersebut yang bernilai RM400,000.00 itu tidak mendapat kelulusan JKR dan PBT. Namun tangki air tersebut telah pun digunakan untuk memberi kemudahan air kepada penduduk taman tersebut. Bagaimana ini berlaku..???? Apakah Syarikat Air Johor tiada peraturan tertentu untuk menyalurkan air ke tangki terbabit..??? Atau adakah campurtangan orang2 politik tertentu dalam hal ini. AMK Cabang Gelang Patah juga sedang menyiasat isu ini dan akan membongkar segala ketidaktelusan berkaitan permasalahan rakyat.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah memberi amaran keras kepada YB terbabit agar tidak terlalu rakus dengan habuan dunia sehingga kepentingan rakyat dilacurkan. Jika perkara ini tidak diselesaikan dengan segera, kami akan mendedahkannya.

14 April 2010

SAMBUTAN ULANGTAHUN PENUBUHAN PKR KE-11 PERINGKAT PARLIMEN GELANG PATAH





11hb April 2010 (Ahad), Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah telah mengadakan majlis Sambutan Ulangtahun Penubuhan PKR yang ke-11 di Bilik Gerakan Ranting Kg. Laut. Majlis yang dihadiri oleh AJK Cabang, Wanita dan AMK serta ahli2 PKR Cabang Gelang Patah mendapat sambutan yang agak baik dari masyarakat sekeliling walaupun majlis yang sederhana tapi meriah. Bendahari MPN Johor, Sdr. Tan mewakili pimpinan negeri turut hadir memeriahkan majlis tersbut. Beliau sendiri begitu memperakui bahawa majlis disusun dengan cukup baik dan beliau memberi komitmen sehingga majlis tersebut tamat walaupun pada awalnya beliau menyatakan bahawa beliau akan menghadiri program lain selepas itu.

Majlis bermula sekitar jam 8.45malam dan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Ketua Cabang, En. Manan atau lebih mesra dengan panggilan Abg. Manan dan kemudiannya semua hadirin diminta menyanyikan lagu "Arus Perjuangan" beramai-ramai.



Jamuan "BBQ" diadakan secara gotong royong dikalangan AJK2 PKR Cabang Gelang Patah dimulakan sejak jam 2.30 petang. Menu BBQ disediakan dan ditaja oleh Naib Ketua AMK Cabang Gelang Patah, Sdr. Ramly Ahmad @ Bob. Walaupun pada awalnya beliau tidak sihat sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik berhampiran, namun komitmen beliau wajar menjadi contoh kepada yang lain. Sdr. Amir pula menaja minuman kesihatan, produk keluaran keluarganya. Begitu juga dengan AJK yang lain seperti Abg. Ramli sekeluarga, Abg. Fadil (Juruteknik bertauliah) ,Abg Manan sekeluarga, Zainalhelmi (The Undertaker), Zulkaria, Azlan, Saiful (The Great Cheff), Amir (Tauke Mahkota Dewa), Choong (Tauke Hi5). Kerjasama yang terbaik akhirnya dapat memberikan kepuasan kepada semua.


Majlis juga diserikan lagi dengan petikan gitar akaustika dari Sdr. Shahril yang di datangkan khas dari Tanjung Kupang. Persembahan petikan gitar tongnya selama kira-kira sejam, amat2 menghiburkan tetamu yang hadir. Beberapa muka baru juga kelihatan hadir untuk turut serta dalam majlis tersebut.

Selaku Pengarah program saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Kami juga memohon maaf jika ada salah dan silap. Semoga program ini dapat merapatkan lagi hubungan dan semangat kerjasama.

10 April 2010

WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR : APAKAH TANAHAIRKU SEMAKIN TERNODA..???

Berdasarkan kepada petikan rencana dibawah ini, diharap pembaca dapat menilai apakah generasi akan datang akan merasai keindahan dan kenikmatan pembangunan ini mengikut haknya..??? Fikirkanlah...


PEMAJU utama yang ditugaskan bagi membangunkan sebahagian besar wilayah Iskandar Malaysia di Johor akan memberi tumpuan menarik lebih banyak pelaburan dari Singapura tahun ini, bahkan sedang berbincang dengan beberapa daripada mereka.

Iskandar Malaysia merupakan zon ekonomi baru di selatan Johor merangkumi pusat-pusat perniagaan, kewangan, pentadbiran, perumahan, pendidikan, dan resort.

Ia seluas 2,217 kilometer persegi atau tiga kali lebih besar dari saiz Singapura.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Iskandar Investment Berhad (IIB), Cik Arlida Ariff, berkata pihaknya berminat mendapatkan para pelabur Singapura yang menjalankan operasi perniagaan seperti hotel dan pusat runcit atau pengendalian pejabat-pejabat sokongan.

Dalam satu temuramah di pejabatnya di Danga Bay, Johor Bahru, baru-baru ini, Cik Arlida berkata IIB juga telah menubuhkan pejabatnya di sini dengan kebanyakan kakitangannya adalah warga Singapura.

Malah, IIM telah pun mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) baru-baru ini untuk memberitahu mereka perkembangan di situ sejak dua tahun lalu.

Mengulas peluang pelaburan di wilayah itu, CEO SBF, Encik Teng Theng Dar, berkata pihaknya melihat banyak peluang perniagaan bagi syarikat dari Singapura.

Menerusi kerjasama rapat dengan Iskandar Investment Berhad, SBF berharap untuk memudahkan Singapura kepada peluang pertumbuhan perniagaan di Iskandar Malaysia, katanya.

Pulau Batu Putih sudah lenyap dari peta Malaysia akibat "kebodohan" pemimpin Umno, namun Umno sebenarnya tidak pernah serik dan sering melupakan sejarah dan kini bumi Johor sekali lagi menjadi pertaruhan. Kenapakah kita bermurah hati membiarkan Umno terus "mewakafkan" sebahagian warisan nenek moyang kita kepada Singapura dengan alasan pembangunan. Apakah kita telah dibutakan oleh pemimpin Umno atau sememangnya kita buta untuk menilai dan memikirkan implikasi yang akan berlaku akan datang...

PERKASA : BIADAP DAN TIDAK MENGHORMATI HAK2 RAKYAT MALAYSIA

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dilihat semakin lantang dan biadap sehinggakan norma2 kemelayuan yang menitik beratkan kesopanan dan menghormati orang lain sudah tidak dihiraukan.

Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah berkata ucapan Noh pada konvensyen BN baru2 ini yang yang menyentuh tentang kerakyatan bangsa lain selain melayu telah sedikit sebanyak melukakan perasaan bangsa lain, namun Noh selaku Timbalan Pengerusi Umno Selangor tidak perlu memohon maaf kerana pada Arman ianya hanyalah salah tafsiran oleh akhbar berbahasa cina.

AMK Gelang Patah berpendapat bahawa perjuangan Perkasa sudah tidak lagi menghormati hak2 rakyat Malaysia yang lain dan cuba menimbulkan kemarahan pihak lain. Apakah perlu sejarah yang lalu diungkit kembali untuk menimbulkan rasa ketidaksenangan pada bangsa lain..?? Apakah niat dan matlamat sebenar penubuhan Perkasa..?? Jika mahu melayu dihormati dan disenangi oleh bangsa lain bukan dengan tindakan atau ucapan yang boleh dikategorikan "extrimis" tapi dengan cara menaikkan taraf ekonomi, pendidikan serta membendung kebejatan moral orang melayu yang semakin teruk sehinggakan bangsa lain sudah mula sinis terhadap orang melayu.

Bahkan budak2 nakal bangsa lain sudah berani menempelak pelajar2 melayu, hanya bertudung dikepala namun "bawahnya" sudah "hancur". Apa pula anggapan mereka yang tidak bertudung..??? Anak2 luar nikah yang dibuang di tong2 sampah, tangga rumah ibadat atau dimana-mana sahaja kebanyakan melibatkan orang2 melayu. Pandangan dan persepsi negatif ini wajar diperbetulkan dan perkara inilah yang patut diperjuangkan. Bukan sibuk dengan mengungkit-ungkit sejarah lapok sehingga bangsa lain yang mula tidak senang dengan kenyataan dangkal beberapa pemimpin Perkasa atau Umno yang semakin senada. Jika matlamat penubuhan Perkasa ini untuk membela orang2 melayu dan Raja2 Melayu, itu adalah pembohongan besar.

Perkasa adalah talibarut Umno yang cuba keluar kepompong politik Umno untuk meraih sokongan orang melayu terutama golongan muda yang sudah mula bosan dengan Umno. Tidak dinafikan bahawa mereka berjaya meraih sokongan itu malahan ada pendokong Pakatan Rakyat terfana dengan matlamat "palsu" penubuhan Perkasa.

Sudah2lah Perkasa dari terus membohongi orang melayu yang sudah sekian lama dibohongi oleh Umno. Apakah Perkasa mewarisi perangai dan sikap Umno...???? Nilailah sendiri...

09 April 2010

ANTARA PARTI YANG AKAN BERTANDING PADA PRK HULU SELANGOR



JAWATANKUASA KIRA-KIRA AWAM (PAC) TAHU KESELAMATAN NEGARA TERANCAM

Minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bertarikh 11 Ogos 2008 yang memetik kenyataan Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengakui kemungkinan Isreal mempunyai akses kepada maklumat negara. Pada mesyuarat PAC itu bagi membincangkan prestasi Khazanah Nasional, Azmi melahirkan kebimbangan beliau bahawa maklumat rahsia kerajaan mungkin bocor kepada pihak lain.

Berikut petikan mesyuarat itu:

Pengerusi: Ha! Perolehan baru ini melibatkan Israel. Ini amat menakutkan kerana orang ramai mempunyai akses kepada semua maklumat kita. Israel bekerja dengan Amerika dan mereka yang melaksanakan sistem keselamatan kerana mereka ingin tahu mengenai semua pihak di seluruh dunia.

Sememangnya kehadiran Apco disedari sebilangan pemimpin Umno dan mereka juga ada kerisauan mengenai penglibatan syarikat yahudi ini dalam urusan pentadbiran negara namun sindrom "bisu" yang sudah lama menyerang pemimpin2 Umno ini membuatkan perkara ini dibiarkan sahaja kerana mereka2 ini lebih risaukan kehilangan jawatan sekaligus menjejaskan periuk nasi mereka dan terus merelakan keselamatan negara "diperkosa" oleh pemimpin yang tamakkan kuasa dan harta.

Hancurlah Malaysia sekiranya Umno/BN dibiarkan kekal berkuasa. Kesedaran rakyat amat perlu bagi menolak siapa juga calon Umno/BN pada PRU-13 nanti, jika tidak maruah negara dan keselamatan negara akan terancam. Kasihanilah anak cucu kita yang akan mewarisi negara ini kelak...

KONTRAK APCO TAMAT OGOS INI...

Kontrak perunding media dan perhubungan awam Apco Worldwide Sdn Bhd dipercayai tidak akan diperbaharui apabila ia berakhir pada 4 Ogos 2010. Menurut sumber daripada pegawai peringkat tertinggi kerajaan, Apco yang ditugaskan oleh kerajaan untuk mengendalikan strategi media antarabangsa tidak akan dilanjutkan kontrak tahunannya.

Najib Razak dikatakan kurang senang dengan cara mereka menangani kontroversi yang melanda baru-baru ini dan kini menjadi liabiliti. Keputusan Najib untuk menamatkan khidmat Apco dilihat bagi mengurangkan tekanan terhadap kerajaan Umno/BN kerana firma antarabangsa itu didakwa ada kaitan dengan Israel. Walaupun alasan prestasi syarikat tersebut dijadikan alasan untuk Najib mengambil tindakan menamatkan kontrak syarikat yahudi tersebut.

Apco Worldwide sdn Bhd telah memulakan kerja-kerjanya untuk Najib seawal Jun tahun lalu walaupun kontrak/perjanjian belum dimetrai. Sidang akhbar di Beijing, China pada Jun tahun lalu menjadi punca Najib tidak berpuashati dengan keupayaan syarikat yahudi ini ketika Najib disoal oleh wartawan mengenai pembunuhan model dan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Soalan cepuemas dari wartawan pada ketika itu membuatkan Najib tergamam namun beliau dikatakan dapat menjawap secara berseloroh.

Kehadiran Apco menyebabkan ketidak-selesaan di kalangan pegawai2 Najib antaranya adalah Penasihat Media PM, Datuk Jalaludin Bahaudin dan S/usaha Akhbar Najib, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad.

Jelas sudah keterlibatan Apco Worldwide Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno/BN. Sebenarnya keselamatan negara semakin terdedah kepada musuh apatahlagi syarikat yang berpengkalan di Israel ini diberi peranan utama dalam urusan teknologi maklumat di Pejabat Perdana Menteri.

08 April 2010

SAMBUTAN ULANGTAHUN PKR KE-11 PERINGKAT PARLIMEN GELANG PATAH

Satu Majlis Sambutan Ulangtahun Parti Keadilan Rakyat yang ke-11 peringkat Parlimen Gelang Patah akan diadakan :-

Tarikh : 11 April 2010 (Ahad)
Masa : 8.30malam
Tempat : Bilik Gerakan PKR Ranting Kg. Laut, Skudai.

AJK Cabang, Wanita dan AMK PKR Cabang Gelang Patah diminta hadir untuk bergotong-royong membuat persiapan seawal jam 11am pada hari tersebut. Mana2 individu yang mahu turut serta membantu menjayakan program ini amat dialu-alukan.

Diharap dengan adanya majlis ini serta semangat bergotong royong untuk menjayakan majlis ini, ianya dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan antara sesama AJK dan seterusnya gerakerja pada program seterusnya dapat dijalankan dengan semangat kerjasama yang tinggi. Anggaplah majlis ini sebagai titik permulaan untuk kita merapatkan lagi uhkuwah antara satu sama lain yang mungkin agak renggang kebelakangan ini sehinggakan ada yang cuba mengambil kesempatan untuk mengucar-kacirkan organisasi PKR Gelang Patah.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah memberi amaran kepada "petualang2" atau mana2 pihak yang cuba mengganggu gugat atau memporak-perandakan organisasi PKR Gelang Patah agar menghentikan segala SMS fitnah tersebut. Kami akan jejaki kamu sehingga ke lubang cacing.

HARAM JADAH PUNYA AHLI PARLIMEN PASIR SALAK

Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman telah mengeluarkan tuduhan liar kepada pimpinan DAP di Dewan Rakyat semalam antaranya :
  • Mengatakan ada di antara pemimpin daripada DAP Pulau Pinang yang kerap ke Singapura dan Hong Kong dan menjual rahsia negara kepada dua negara itu.
  • Mendakwa Lim Kit Siang merupakan bekas pegawai politik kepada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (kiri).
YB Lim Kit Siang mencabar Tajudin mengemukakan bukti mengenai tuduhan itu dan sekiranya gagal, beliau meminta agar Tajudin dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan. Speaker Dewan Rakyat telah memberi peluang kepada Tajuddin untuk membuat penjelasan berhubung kenyataannya namun beliau memilih untuk tidak menarik balik kenyataannya itu dan bertegas bersedia menerima sebarang tindakan.

Berikutan itu undian belah bahagian dipersetujui Speaker Dewan. Namun berdasarkan undian, 56 bersetuju supaya Tajuddin dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan manakala 82 lagi tidak bersetuju sekaligus menyelamatkan anggota Parlimen Pasir Salak itu daripada dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan.

Nyata tuduhan liar Ahli Parlimen Pasir Salak tidak berasas sama. Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah mencabar Tajuddin jika beliau benar2 "anak jantan" agar mengeluarkan kenyataan tersebut diluar dewan rakyat dan jangan berselindung disebalik kekebalan dewan rakyat.

ISU YAYASAN BASMI KEMISKINAN SELANGOR : KERAJAAN NEGERI KELUARKAN KERTAS PUTIH - (MAMPUIH LA UMNO)

Kerajaan Selangor akan mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada umum pada 12 April ini. YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kertas putih yang disediakan berdasarkan maklumat hasil laporan bahagian audit dalaman kerajaan negeri. Menurutnya, kertas putih yangmengandungi maklumat lengkap mengenai YBK termasuk tanah dan aset yang dimilikinya, akan diedarkan sewaktu sidang Dewan Negeri Selangor yang akan bersidang Isnin depan.

Difahamkan, isu YBK akan dibangkitkan oleh BN dalam kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hubung bulan ini. YBK menjadi perhatian apabila kerajaan negeri Selangor yang mahukan Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar memegang jawatan pengerusi yayasan tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar juga berkata, mesyuarat MMKN hari ini juga meluluskan pemberian tanah tambahan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa, Hulu Selangor, yang telah tertangguh sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, tanah itu memang sudah digazetkan untuk sekolah berkenaan dan sekolah hanya perlu membayar premium tanah sebanyak RM1, yang menjadi polisi kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Abdul Khalid juga berkata, kerajaan negeri akan mencari jalan untuk membantu petani yang menjalankan aktiviti pertanian di tapak tanah yang menggunakan status pendudukan sementara (TOL).

Menteri Besar juga berkata, semenjak tahun lalu kerajaan negeri telah berusaha memberi peluang kepada setinggan di negeri itu untuk menduduki tanah secara sah. Peluang itu diberikan kepada setinggan dan mereka yang tidak memiliki tapak tanah dengan syarat telah menduduki tanah itu melebihi 15 tahun.

Katanya, mereka boleh memohon untuk pajakan antara 60 hingga 99 tahun bergantung kepada bayaran premium yang dibayar pemohon.

Inilah kerajaan contoh yang membela nasib rakyat tidak seperti Umno/BN yang sentiasa laparkan habuan sehinggakan penderitaan rakyat tidak dihiraukan.

07 April 2010

DESKRIMINASI BERLAKU DALAM KONVENSYEN BN SELANGOR : UMNO "RACIST"

15 perwakilan MCA Kapar bertindak keluar dari dewan pada Konvensyen Barisan Nasional apabila tidak berpuashati atas sikap deskriminasi yang ditunjukkan oleh Umno apabila hanya pemimpin Umno sahaja yang duduk dipentas utama dan tiada pemimpin parti komponen BN yang lain duduk diatas pentas.

Selain dari itu, perwakilan MCA itu turut mempersoalkan kenapa hanya lagu BN dan Umno sahaja yang dinyanyikan, kenapa tidak lagu parti komponen yang lain. Ini menunjukan sikap yang tidak mesra dan deskriminasi terhadap parti komponen BN yang lain.

Malahan ucapan Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu dan rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan turut mengecewakan perwakilan MCA tersebut dan sedikit sebanyak mengguris perasaan mereka.




Itulah keangkuhan Umno....

RM100 UNTUK WARGA EMAS PULAU PINANG : SHAHRIZAT SEPERTI MABUK "WHISKY"

Kenyataan yang dikeluarkan Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini dengan menyatakan nilai warga emas diPulau Pinang hanya RM10 jelas menghina dan menyinggung perasaan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menghina para warga emas di Pulau Pinang berhubung pemberian kerajaan negeri sebanyak RM100 setahun kepada warga emas.

Dengan tanpa silunya, Shahrizat telah membidas Ketau Menteri Pulau Pinang sambil mengatakan Lim Guan Engg meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.

Samada Shahrizat tidak faham atau berpura-pura tidak faham atau mungkin sedang "mamai", sumbangan RM100 yang disalurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada warga emas hanyalah sekadar sumbangan kerajaan negeri menghargai warga emas dan golongan ini tetap akan dibela dan dijaga kebajikannya oleh kerajaan negeri.

Sewajarnya Shahrizat menyelidiki, apakah kerajaan negeri yang ditadbir oleh Umno/BN pernah melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Lim Guan Engg yang berbangsa cina namun beliau menghargai warga emas tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik dan yang lebih membanggakan beliau menyumbang bukan kerana atas nama perayaan mana2 anutan tapi sumbangan tersebut dibuat atas dasar menghargai warga emas.

Warga emas Pulau Pinang berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana mampu memberi sumbangan berbanding kerajaan BN yang hanya mengaut keuntungan sendiri. "Bagi seinci kaut sedepa".... Nyata kenyataan yang diberikan oleh Shahrizat amat berniat jahat serta mahu menjatuhkan kreadibiliti pemimpin PR itu adalah amatlah keterlaluan kerana ia telah melibatkan golongan yang tidak perlu dipergunakan sebagai permainan politik kotor semasa.

PRK HULU SELANGOR : UTAMAKAN KERJA PARTI, JANGAN SEBOK MELOBI

Calon2 yang telah disenaraikan untuk dinamakan sebagai calon pada PRK Parlimen Hulu Selangor hendaklah terus berkerja tanpa mengharapkan dirinya terpilih. Ujian ini akan memperlihatkan keikhlasan setiap individu yang telahpun disenarai pendek sebagai antara calon pilihan pada pilihanraya kecil itu.
Yang penting adalah mengekalkan kemenangan di Parlimen Hulu Selangor apatah lagi jika berdasarkan kepada laporan PRU-12 yang lalu, saingan yang akan diberikan agak sengit. Majoriti tipis yang diperolehi oleh calon PKR pula pada PRU-12 yang lalu tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur kekuatan Pakatan Rakyat di kawasan tersebut. Kita kena berkerja keras untuk memenangi hati pengundi.
Yang pastinya Barisan Nasional akan menggunakan instrument kerajaan bagi menyokong kempen mereka dan jika Pakatan Rakyat masih menunggu untuk bertindak serta sibuk melobi untuk enjadi calon pada pilihanraya kecil itu nanti, maka kehancuran pasti menunggu.
Kami di peringkat negeri masih menunggu arahan tugas dari PKR Pusat dan bersedia untuk bertempur dengan mana2 jentera BN yang diberitakan mendapat sokongan PEKIDA, PEWARIS, PERKASA dan beberapa NGO yang lain. Namun kami sedikit pun tidak merasa gentar dan takut dengan berita tersebut kerana kami yakin akan perjuangan kami.

PENERANGAN MENGENAI KETERLIBATAN SYKT MILIK YAHUDI DALAM PDRM

Republik Singapura walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.

Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?
Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura
Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.
Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura.

Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).


(Gambar) Mr. Izhak Naskar dan Dr. Ido Schechter ketika pelancaran bursa saham syarikat TIS di Bursa Saham Tel Aviv pada 3 Disember 2006

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).
Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.
Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.
Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?
Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.
Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.
Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?
Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia
Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.



(Gambar) Richard Blum dan isterinya Diene Fiensten (Kanan) adalah Senator US berketurunan Yahudi dari Parti Demokrat.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian
  • Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus.
  • Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding.
  • Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.
  • Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura.
  • Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.
Kesimpulan
Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.
Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.
Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.


Three companies have been short-listed to undertake this work -- Master Plan Consulting Sdn Bhd, System Protocol Information Sdn Bhd and D. G. Kom Sdn Bhd. But these three companies were given different phases of these contracts on condition that they all sub-contract the work to Asiasoft (M) Sdn Bhd.
Who are the people behind Asiasoft and how come they wield immense power in the police force? And what is the Israeli link? Let us examine the facts.

Master Plan Consulting Sdn Bhd (357303-V)

The company is owned by Raja Azlina Binti Raja Abdul Jalil (3 million shares) and Ahmad Firdaus Bin Abdul Halim (2 million shares). They are both Directors of the company. The company has RM26 million in assets and RM6.6 million in liabilities with a paid up capital of RM5 million.
System Protocol Information Sdn Bhd (603787-M)
The company is owned by Aswadi Anuar Bin Shamsudin (350,000 shares) and Mohd Supardi Bin Abdul Majid (150,000 shares). The Directors are Aswadi and Raziah Binti Sidek who share the same residential address and therefore could be husband and wife. The company has about RM2.3 million in assets and RM1.8 million in liabilities with a paid up capital of RM500,000.

D. G. Kom Sdn Bhd (87537-V)

The company is owned by Saki Almahdaly Holdings Sdn Bhd (6,075,000 shares), WYN Resources Sdn Bhd (1,215,000 shares), PFB & Anak-anak Holdings Sdn Bhd (405,000 shares) and Prodaya Sdn Bhd (405,000 shares). The Directors are Syed Abd Kadir Bin Ibrahim, Dato’ Mohammad Radzi Bin Salleh and Nor Azman Bin Abdul Karim. The company’s assets are RM26 million against liabilities of RM19 million with paid up capital of RM7.6 million.

Asiasoft (M) Sdn Bhd (150529-H)

The company is owned by Bees System Sdn Bhd (350,000 shares) and Asiasoft (Singapore) Pte Ltd (15,000 shares). The Directors are Toh Kian Hong (Singapore citizen), Lim Tze Kuang and Lim See Hui. The assets of the company are RM4 million against liabilities of RM1.8 million with a paid up capital of RM500,000.

Bees System Sdn Bhd (422358-V)

The company is owned by Lim See Hui (12,500 shares) and Lim Tze Kuang, Lim Mee Yoke, Lim Moi Lan, Lim Mooi Kim and Lim Mee Chin (who own RM2,500 shares each). The Directors are Lim Mooi Kim, Lim Mee Yoke, Lim See Hui, Lim Mee Chin and Seow Bee Ching @ Chee Bee Ching. The company’s assets are RM7.7 million against liabilities of RM4.8 million with a paid up capital of RM25,000.
Asiasoft (Singapore) Pte Ltd

Toh Kian Hong, the Singaporean Director of Asiasoft (M) Sdn Bhd, is also a Director of Asiasoft (S) Pte Ltd. The other Directors are Izhak David Nakar (Israeli), Ido Schechter (Israeli) and Shoshani Eliahou Moshe (Israeli with Singapore PR). The company is wholly owned by Asiasoft Global Pte Ltd.
Asiasoft Global Pte Ltd


The Directors of the company are Toh Kian Hong (Singapore citizen), Izhak David Nakar (Israeli) and Ido Schechter (Israeli). The shareholders are Toh and Top Image System Limited (Israel).

Top Image Systems Limited

You can read about the company in the following link: http://www.topimagesystems.com/
Izhak David Nakar (Israeli passport number 10902695)
Izhak David Nakar founded Top Image Systems Limited and served as Chairman of the Board and CEO from inception until May 2001. In 2005, he was re-elected as the Chairman of the Board and in this position is responsible for TIS’s strategic M&A activity.
Mr. Nakar served in the Israel Air Force from 1970 to 1987, where he led various large-scale highly technical development projects, including leading a development team that worked in cooperation with the U.S. Air Force. He received his B.Sc. in Computer Science from Bar Ilan University in 1982, and an MBA from Tel-Aviv University in 1984. Mr. Nakar is a recipient of the “Israel Defense Award,” bestowed annually by the President of Israel, for the development of high-tech systems in the field of intelligence for the Israeli Defense Force. He also received the “Man of the Year Award” in Business and Management (‘95-’96) in recognition of his business accomplishments and contributions to the growth and development of Israeli high-tech companies.
In 1998, Mr. Nakar founded NIR4YOU Capital, a privately held investment company specializing in early stage investments in high–tech companies. NIR4YOU Capital has 14 companies on its portfolio including: ForesCout, e-mobilis, TopGuard, Matearis, Video Codes, SundaySky, Secur DI, MomSense, etc. Three of the 14 companies were sold to large enterprises, including SAP and Microsoft. In 2004 Mr. Nakar was elected as a Board member of the Israel-Japan chamber of Commerce.
(http://www.topimagesystems.com/IntPage.asp?Par=1&id=9)
Ido Schechter (Israeli passport number 56626252)

Dr. Schechter has been with Top Image Systems Limited for 9 years and is serving as the Company's CEO since January 2002. Prior to that, Dr. Ido Schechter was the Company's Vice President of Sales and Marketing from August 1996. From January 1995 until August 1996, Mr. Schechter served as General Manager of Super Image, an affiliate of the Company; which operates a form processing service bureau.
From August 1993 to December 1994, Mr. Schechter oversaw the start-up of automatic form processing services at Israel Credit Cards, Ltd. From 1991 to 1993, Mr. Schechter was a research scientist at the Horticultural Research Institute of Ontario, Canada. Mr. Schechter is the recipient of eight Honors and Scholarships, has published or presented more than twenty-five articles and is a Captain in the Israeli Air Force. Mr. Schechter received his Ph.D. and M.Sc. in Plant Physiology from the University of Guelph in Ontario, Canada and his B.Sc. from the Hebrew University in Israel.
(http://www.topimagesystems.com/IntPage.asp?Par=1&id=9)