DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

01 July 2008

Saiful Mohon Biasiswa Bila Sudah Dibuang UNITEN?

Ditulis oleh Ibrahim Baba
Tuesday, 01 July 2008
Apabila kita berbohong, kita terpaksa mereka “fakta”. Apabila “fakta” tersebut diselidiki dan dipersoalkan, maka kita terpaksa mereka helah demi helah, tipu demi

“Once you compound a lie, you compounded the consequences”

tipu untuk menutupi pemalsuan fakta yang telah dibohongi sebelum ini.Itulah yang mungkin berlaku dalam kes tuduhan terbaru terhadap DSAI.Dikatakan Saiful Bukhari telah dibuang dari UNITEN - maknanya sudah tidak lagi menuntut di IPT. Walhal, Najib membuat kenyataan (hari ini) bahawa Saiful ke pejabat TPM untuk mohon biasiswa tiga (3) bulan lalu. Tiga bulan lalu Saiful tidak lagi menuntut di IPT. Biasiswa apa yang hendak dipohon?
Kemudian, dalam laporan lain, Saiful yang dikatakan pernah menjawat Timbalan Presiden MPP di UNITEN, telah mempunyai biasiswa semasa di universiti. Biasiswa apa lagi yang hendak diminta?

Kemudian lagi, AgendaDaily pula melaporkan bahawa selepas diperiksa dengan pegawai di pejabat TPM, gambar tersebut dirakam pada Januari 2008. Mana satu yang betul? Najib kata tiga bulan lalu - Mac 2008? Saiful mula bertugas dengan Anwar semenjak PRU2008 (Mac?). AgendaDaily kata Januari 2008! Mana yang betul?

Ini baru permulaan. Kita tunggulah nanti - pelbagai helah, fakta, pembohongan, dakwaan, dan sebagainya - akan timbul. Kita teliti kesemuanya. Jangan pula jadi pindaan tarikh seperti dulu kerana Tivoli Villa belum siap atau tilam diusung lagi.

Apa-apa pun jangan kita mudah menghukum dan perlu kita ingat dengan ayat Al Qur’an,

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.” - Surah An Nuur ayat 4

Sekian, IB

Salam Reformasi
Ahmad Nazree Mohamad
Nadi Reformis
Angkatan Muda KeADILan
Bahagian Gelang Patah

No comments: