DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

03 July 2008

Erti Sebuah Perjuangan

Saudara Zul,

Ribuan terima kasih tentang maklumat yang saudara hantarkan untuk saya dan rakan2 reformis yang lain yang saya kongsikan bersama maklumat ini.Maklumlah kami ini hanyalah reformis kerdil yang tiada cita2 dalam politik tetapi mempunyai prinsip yang teguh dan akan sentiasa berdiri di samping saudara Anwar Ibrahim

Saudara, malam tadi di Stadium Melawati telah membuat kan saya mengimbaskan kembali pengalaman saya peristiwa 10 tahun yang lalu yang bermula dari rumah saudara Anwar hingga ke Masjid Negara, lebam mata kemudian kejalan2 raya di sekitar kota KL ini..Kemudian segala peristiwa jijik yang berlaku di Makamah yang melibatkan berbagai pelakon " Hollywood " yang di pentas kan oleh kepala2 konspirasi ini.Masih saya ingat saya sempat melarikan saorang reformis anak muda yang patah tanganya di sebabkan hentakan yang kuat oleh anggota FRU ketika itu.Ramai reformis termasuk saya ketika itu yang bermandikan darah,gas pemedih mata juga pancutan air kimia yang berbagai warna.Ramai juga rakan2 reformis yang kehilangan kerja juga punca pendapatan dan kami yang masih ada pendapatan ini telah menubuhkan tabung bantuan kilat membantu rakan2 reformis ini tanpa mengenali siapa mereka ini.

Kenapa kami lakukan semua kerja yang di anggap ramai sebagai "kerja bodoh" ini? Kerana niat kami cuma satu iaitu ingin menegakkan keadilan dan menentang kezaliman yang di lakukan oleh sang kuku besi yang tidak berhati perut itu terhadap Saudara Anwar dan keluaraganya.Kerana kami percaya dan yakin saudara Anwar yang kami kenali selama ini mempunyai satu prinsip yang teguh dan berani serta tidak pernah goyang menegakkan kebenaran,rasuah,kezaliman serta penindasan.Pejuangan ini amat begitu dekat di hati saya serta rakan2 reformis yang lain.

Saudara, Setelah apa yang di lakukan oleh Ezam,Ghani serta yang lain2 di waktu ini juga musibat besar si musang Saiful , saya dapat rasakan berapa ramai lagi kah yang benar2 di samping saudara Anwar berjuang dan sanggup menempuh segala dugaan yang kita alami sekarang tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri.Dengan kemunculan anak2 muda yang begitu excited dengan kemenangan PKR sekarang apa kah mereka ini sanggup menitiskan air mata,bermandi peluh serta berani bermandi darah demi menegakkan keadilan dan menentang kezaliman di waktu ini? Ini adalah satu persoalan yang bermain di fikiran saya diwaktu ini lebih2 lagi dengan ada nya anak muda Musang seperti Si saiful ini. Berapa lramai lagi kah musang yang berbulu ayam yang ada di kalangan pejuang2 PKR.Apakah mereka sanggup menghadapi gelombang REFORMASI 2 kali ini?

Saya amat2 ingin meyaksikan semua ini dan macamana kelakuan MUSANG MUSANG ini sekiranya Parti Pakatan Rayaat memerintah di mana saudara Anwar Ibrahim menjadi pemimpin negara tercinta ini menuju ke abad yang baru.......

Salam Reformasi dari saya

Wassalam

AZARI AWI

Thanks & Rgds

Salam Reformasi
Zulkaria Ali
wartawan masa kini......
Angkatan Muda KeADILan
Gelang Patah

No comments: